April 18, 2023

π™…π˜Όπ™‰π™‚π˜Όπ™‰ π™π™€π™‰π™‚π™Šπ™† π™”π˜Όπ™‰π™‚ π™π˜Όπ™† π˜½π˜Όπ™„π™† π™Žπ˜Όπ™…π˜Ό

ﺍَﻟﻠﻬُο»’َّ οΊ»َﻞِّ ο»‹َο» َο»° οΊ³َο»΄ِّοΊͺِﻧَﺎ ﻣُοΊ€َﻀَّοΊͺٍ ο»­َο»‹َο» َο»° ﺁﻝِ οΊ³َο»΄ِّοΊͺِﻧَﺎ ﻣُοΊ€َﻀَّοΊͺٍ

π™…π˜Όπ™‰π™‚π˜Όπ™‰ π™π™€π™‰π™‚π™Šπ™† π™”π˜Όπ™‰π™‚ π™π˜Όπ™† π˜½π˜Όπ™„π™† π™Žπ˜Όπ™…π˜Ό

Kita hendaklah menjadikan kehidupan rumah tangga ini penuh dengan keharmonian. Bertolak ansur dalam banyak perkara. Adakalanya kita perlu diam. Adakalanya benda yang tak dibuat oleh pasangan, kita yang perlu buat.

Janganlah seorang mukmin itu membenci kepada seorang mukminah yakni suami kepada isterinya disebabkan oleh kerana melihat akhlak tak baik pada isterinya. Kerana sesungguhnya di sebalik akhlak tak baik yang kamu lihat wahai suami, di situ ada benda lain yang baik yang kamu juga boleh lihat. Ditimbang kedua-duanya. Isteri kepada suami pun juga sama.

Tidak hanya melihat kepada yang tak baiknya sahaja. Problemnya adalah sejauh mana orang berbuat baik, sekali dia buat tak baik, yang diingat yang tak baik. Tak semua manusia, sebahagian sahaja. Bukan semua.

— Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!