Selawat Nabi Muhammad yang afdal

Selawat Nabi Muhammad yang afdal

Berikut adalah dua lafaz selawat Nabi yang terdapat dalam hadis-hadis yang sahih:

Lafaz 1
Hadis Riwayat An-Nasae’i:1292


“Allahumma solli ‘ala Muhammadin wa ‘ala aali Muhammad”

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.”

****
Lafaz 2
Hadis Riwayat dalam Sahih al-Bukhari, dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA. Seorang sahabat pernah menceritakan bahawa ketika ditanyakan oleh para sahabat kepada Rasulullah SAW tentang cara berselawat, maka baginda mengatakan:



“Allahumma solli ‘ala Muhammadin wa ‘ala aali Muhammad. Kama sollaita ‘ala aali ibraahim innaka hamidun majid. Allahumma baarik ‘ala muhammadin wa ‘ala aali Muhammad. Kama baarakta ‘ala aali Ibraahim innaka hamiidun majid”

Maksudnya: “Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.”


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”