April 23, 2023

Tak perlu ulang solat sunat Aidilfitri jika terlupa takbir

SHAH ALAM - Solat sunat Aidilfitri tidak perlu diulangi sekiranya terlupa takbir kerana ia bukan menjadi satu rukun dalam ibadah berkenaan.

Menurut Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman, takbir bukanlah rukun wajib seperti takbiratul ihramdan perkara lain seperti rukuk dan sujud.

"Tidak perlu ulang kerana ia tidak wajib dan menjadi rukun. Yang kena buat ini rukun tiga belas seperti takbiratulihram dan perkara lain seperti rukuk dan sujud.

"Jadi, tidak seharusnya perbuatan solat itu diulang kembali kerana ia menyebabkan kesusahan kepada para jemaah pula," kata beliau kepada Sinar Harian.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seramai 3,000 jemaah di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut (MTMAJ) terpaksa mengulangi solat berkenaan selepas imamnya tidak melakukan lima kali takbir di rakaat kedua.

Sejurus memberi salam, imam tersebut terus mengakui kekhilafannya dan mahu mengulangi solat sunat itu kali kedua kira-kira jam 8.55 pagi.

sumber

1 ulasan:

  1. solat sunat aja pon., huhu
    salam aidilfitri maaf zahir batin ., aminn

    BalasPadam

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!