Pages

Disember 06, 2023

Disember 06 2023: Sebuah renungan untuk kita.

Sebuah renungan untuk kita.

Semasa balik dari solat subuh,aku singgah diwarung membeli sedikit kuih-muih untuk sarapan.Kebetulan terserempak dgn kawan sekampung yang tinggal di Putrajaya manakala orang tua masih di kampung.

Aku menegurnya, "Kerap balik kampung, tak menunggu raya atau cuti sekolah?"

Lalu dia berkata, "walau seribu rakaat solat sunat saya kerjakan, walau beribu sedekah jariah saya berikan, walau seribu kebaikan saya tunaikan ketika saya berjauhan dari orang tua saya, tidak akan sama dengan satu kunjungan melihat emak ayah saya yang telah tua,"

"Tak akan sama dengan senyuman mereka berdua bila melihat saya melangkah ke pintu rumah, tak akan sama dengan renungan puas emak saya melihat saya menyuap nasi berlauk asam pedas, gulai batang pisang yang dimasaknya."!

Kepenatan, keletihan meredah hujan dan panas dalam perjalanan yang jauh, ratusan ringgit terkorban untuk petrol dan tol adalah pengorbanan yg tak ternilai pada sisi Allah hanya kerana untuk menggembirakan mereka berdua.

Itu saya rasa lebih baik dari berehat di rumah di depan TV, memenuhi hobi dan sukan atau melangut di kompleks perniagaan di hujung minggu."

Subhanallah...

Jawapannya bagai satu tazkirah yang cukup bermakna untuk menjelas betapa besarnya ganjaran bagi pengorbanan seorang anak, bahkan ia melebihi jihad.

Pada anda yg berjauhan dgn ibu bapa, ambillah iktibar dari hal ini.Jangan berkira wang ringgit, penat lelah untuk balik berziarah ibu bapa.

Jangan tunggu raya,carilah ruang sekerap mungkin.Jika tidak pun, buatlah panggilan utk bercakap sepatah dua sebaik ada kesempatan.

Lebihkanlah memberi keutamaan untuk berziarah ibu bapa dari ziarah yg lain.Bagi anak yg tinggal dekat pun, kunjungilah ibu bapa seketika. 

Begitu juga dengan aku tinggal berdekatan dengan rumah emak, akan bertanya jika satu hari aku tidak mengunjunginya. 

Maka setiap hari aku akan ke rumahnya, walau sekadar berpusing motor di laman rumahnya dan dia mendengar bunyi motor aku, cukuplah.

Hanya orang yang telah tua akan merasai betapa mereka merindui anak-anak yang tidak terzahir dengan cara memeluk cium seperti zaman mereka kanak-kanak.

Tetapi

Memadailah dengan mengisi pandangan di mata tuanya.

Aku bentangkan kepada anda untuk memikirkan dan mungkin anda boleh menyelami lebih jauh dgn membaca nukilan ini.

Pada yang masih ada ayah bonda, ziarahlah mereka sekerap kesempatan yang ada sementara kamu boleh melihat mereka.

Kepada ibu bapa kita yang telah pergi meninggalkan kita untuk selamanya, maka basahkan lidahmu dengan Zikrullah dan niat hadiahkan kepada mereka..

Hargai selagi mereka masih ada.Jika tidak sesal nanti kepada sebuah kerinduan.

Semoga bermanfaat...

Kredit : Mohd Rusdi Abd Halim

Sumber: Media Debat (Facebook) 


0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!