Julai 16, 2024

𝘛𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘯𝘵𝘶 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘥𝘢𝘮𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘱𝘪 𝘥𝘪 𝘳𝘶𝘮𝘢𝘩 𝘢𝘺𝘢𝘩 𝘴𝘢𝘺𝘢!

Seorang lelaki menyembelih seekor lembu besar lalu menyalakan api untuk memanggang lembu tersebut.

Beliau lalu berkata kepada anak perempuannya ;

“𝘈𝘯𝘢𝘬𝘬𝘶! 𝘗𝘢𝘯𝘨𝘨𝘪𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘢𝘶𝘥𝘢𝘳𝘢 𝘮𝘢𝘳𝘢, 𝘬𝘢𝘸𝘢𝘯-𝘬𝘢𝘸𝘢𝘯, 𝘥𝘢𝘯 𝘫𝘪𝘳𝘢𝘯-𝘫𝘪𝘳𝘢𝘯 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢. 𝘔𝘢𝘳𝘪𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘬𝘦𝘯𝘥𝘶𝘳𝘪!” 

Anak perempuannya turun ke jalan dan mula menjerit :

"𝘛𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘯𝘵𝘶 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘥𝘢𝘮𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘱𝘪 𝘥𝘪 𝘳𝘶𝘮𝘢𝘩 𝘢𝘺𝘢𝘩 𝘴𝘢𝘺𝘢!" 

Selepas beberapa ketika, sekumpulan kecil orang segera datang membantu manakala yang lain berlagak seperti tidak mendengar jeritan meminta tolong. 

Yang datang membantu memadam kebakaran, makan dan minum sampai lewat malam. 

Ayah yang terkejut berpaling kepada anak perempuannya dan berkata :

“𝘖𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘩𝘢𝘮𝘱𝘪𝘳 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘢𝘺𝘢𝘩 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘬𝘦𝘯𝘢𝘭, 𝘢𝘥𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘯𝘢𝘩 𝘢𝘺𝘢𝘩 𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘭𝘶𝘮 𝘪𝘯𝘪. 𝘑𝘢𝘥𝘪, 𝘥𝘪 𝘮𝘢𝘯𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘴𝘢𝘶𝘥𝘢𝘳𝘢-𝘮𝘢𝘳𝘢, 𝘬𝘢𝘸𝘢𝘯-𝘬𝘢𝘸𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘫𝘪𝘳𝘢𝘯 𝘬𝘪𝘵𝘢?" 

Anak perempuan itu menjawab :
 
“𝘔𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘭𝘶𝘢𝘳 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘳𝘶𝘮𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘯𝘵𝘶 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘥𝘢𝘮𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘣𝘢𝘬𝘢𝘳𝘢𝘯, 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘱𝘢𝘳𝘵𝘪. 𝘔𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘪𝘯𝘪𝘭𝘢𝘩 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢 𝘬𝘦𝘮𝘶𝘳𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘵𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘭𝘢𝘺𝘢𝘯𝘢𝘯 𝘬𝘪𝘵𝘢." 

𝗞𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 : Mereka yang tidak membantu kita semasa perjuangan kita tidak sepatutnya makan bersama kita di pesta kemenangan kita!

NOTA : terjemahan dari sebuah artikel Bahasa Inggeris 

Salam Selasa yang penuh cabaran.

Ikhlas,
𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗 𝗙𝗔𝗗𝗭𝗟𝗜 𝗙𝗔𝗨𝗭𝗜
𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗠𝘂𝘀𝘇𝗹𝗲𝗲𝗺

1 ulasan:

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut