Td tengok 1 vid Dr Zakir Naik ditanya bbrp soalan oleh seorang Atheis. Bila dengar soalan dia, hah ada 2 soalan yg dah lama kupendamkan dan diamkan je (sbb takut tergugat akidah).
Soalan pertama macam ni: Kenapa Allah menciptakan sesuatu yang Allah tahu pengakhirannya akan buruk. Kenapa Allah benarkan orang itu kafir, Israel itu jahat. Dan akhirnya tempat mereka akan ke neraka. Kenapa tidak semuanya Allah cipta baik baik saja.
Jawapannya mudah..
Jawapannya: Kerana Allah Maha Berkehendak. Dia telah pun menciptakan segolongan makhluk yang mulia tanpa dosa iaitu malaikat. Maka manusia dicipta sebagai golongan yang berbeza, bahkan lebih mulia daripada malikat sekiranya manusia itu melakukan amal soleh kerana dia berjaya gunakan akalnya dalam melawan hawa nafsu daripada melakukan dosa.
Soalan kedua pula: Di dalam al quran ada sebut yang kita pernah mengakui Allah sebagai Tuhan dan kita memilih menjadi manusia (khalifah), sedangkan makhluk lain tidak sanggup. Tapi persoalannya di alam nyata ini, kenapa tiada siapa ingat langsung akan perjanjian tu semua? Pelik kan, penting kot perjanjian tu tapi semua manusia x ingat.
Jawapan: Sebab tu adanya Al Quran yang mengingatkan. Analogi mudah, cikgu nampak student tulis jawapan salah masa ..masa exam. Cikgu takleh kata atau buat apa². Lepas exam barulah student tu blh cek buku balik, tup² 'Lah salah.. kenapalah tak ingat tadi??..' Macam tu jugaklah keadaan kita. Hakikatnya kita di dunia ini sedang dalam tempoh ujian, tak ingat perjanjian itu adalah sebahagian ujian dari Allah. Ujian sejauh mana kita beriman dengan al Quran, percaya apa di dalamnya. Di akhirat nanti barulah kita akan ingat semuanya dan pada waktu itu, tiada langsung rasa x puas hati dengan setiap pengadilan Allah.
Kredit : AyuniKamni
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.