Biskut Bunga Cina Guna 3 Bahan Je


Biskut Bunga Cina Guna 3 Bahan Je

Bahan-bahan:

1 peket tepung jagung 350gm
1/2 cwan susu pekat manis
1 cwan Planta

Cara buat:

Kacau Planta dgn susu pekat kemudian masukkan tepung jagung. Uli manja dgn tangan je.. Klau masih lembik adunan tambah sikit2 tpg jagung.

Hiasan terpulang pada masing2. sis guna acuan pecah 14.

Cara bakar biskut raya atas dapur gas:

1. Boleh guna pan, kuali atau periuk bertutup. Alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Penutup kuali pastikan ada aliran udara supaya biskut naik cantik dan sekata.

2. Tak perlu letak air atau pasir dalam pan. Sebab dah letak alas pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut.

3. Sebelum mulakan kerja membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 mini, kemudian barulah letak dulang untuk bakar biskut.

4. Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.

5. Sukatan masa membakar ikut jenis biskut. Contoh biskut bunga cina ambil 15minit / sehingga kekuningan.

6. Tak perlu sapukan minyak pada dulang biskut.

Resepi Oleh: Noriza Awang Hamat





Related Posts:


πŸƒ Terima kasih sudi singgah. πŸƒ
πŸƒ Datanglah lagi, pintu kata ini sentiasa terbuka untuk anda. πŸƒ
πŸƒSOROTANπŸƒ πŸƒFOLLOWπŸƒ

0 Comments:

Catat Ulasan

πŸƒSetiap komen mencerminkan jiwa penulisnya.πŸƒ
πŸƒMohon gunakan bahasa yang sopan, agar ruang ini kekal tenang dan indah.πŸƒ
πŸƒTerima kasih kerana menghormati.πŸƒ

Label