Pages

Ogos 02, 2019

Hati hidup dan mati

Orang yang hidup, kena cucuk jarum yang kecil pun terasa sakit. Berbeza dengan orang yang mati, tangannya dipotong dua pun dia tidak merasa apa-apa.

Begitulah perumpamaan bagi orang yang punya hati yang hidup dan orang yang memiliki hati yang mati.

Orang yang telah mati hatinya, tertinggal solat lima waktu pun dia tidak rasa apa. Tak rasa bersalah langsung. Sedangkan dosa tinggal solat adalah dosa yang besar.

Berbeza dengan orang yang hatinya hidup, hatinya rindu untuk bertemu Allah di dalam solat. Sentiasa menunggu-nunggu waktu solat. Merasa amat bersalah jika terlambat menunaikan solat.

Sesungguhnya tidak sama orang yang telah mati hatinya dengan orang yang sentiasa hidup  hatinya dengan Allah swt.

(Dipetik daripada facebook Zonkuliah)

📮Join Telegram Taman Orang Soleh
telegram.me/RiyadusShaliheen

1 comments:

mrhanafi berkata...

dahsyat juga bila hati sudah mati

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!