Pages

Ogos 05, 2019

Ibadah Korban: Hikmah Dalam Membantu Fakir Miskin

Ibadah Korban: Hikmah Dalam Membantu Fakir Miskin

1. Ibadah korban merupakan ibadah yang istimewa di sisi Allah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban”. (riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim).

2. Ibadah ini melambangkan sifat kehambaan kita yang tidak berbelah bahagi kepada Allah sepertimana kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Selain itu ia juga mempunyai hikmah yang besar dalam merapatkan ukhuwwah dan meringankan beban fakir miskin. Kerana itu agihan daging korban sebaiknya diberikan sesama muslim terutamanya kepada orang fakir dan miskin berdasarkan ayat 28 dan 36 surah al-Hajj.

3. Namun masih ramai dikalangan kita  melepaskan kelebihan ibadah ini dengan alasan tidak mempunyai kemampuan. Sekiranya benar-benar tidak mempunyai kemampuan, kita masih boleh turut serta mendapatkan kebaikan dengan melakukan sedekah korban.

4. Yayasan Maghfirah (PPAB-04/2018) menyeru kaum muslimin untuk berkongsi kebahagiaan pada Hari Raya Aidil Adha dengan saudara-saudara kita kurang berkemampuan yang hidup di flat Projek Perumahan Rakyat.

5. Majoriti daripada mereka merupakan kelompok B40 yang hidup dalam serba kekurangan yang dikategorikan sebagai miskin bandar dan fakir miskin. Agihan daging akan diutamakan kepada meraka yang benar-benar memerlukan seperti ibu tunggal, warga emas, orang kurang upaya dan asnaf tinggal di PPR.  Meraka menantikan sumbangan korban tuan dan puan.

6. Justeru Yayasan Maghfirah menjemput tuan dan puan untuk melakukan ibadah korban dan sedekah korban bersama masyarakat kota raya.

Satu Bahagian: RM750.00
Seekor : RM5,250.00

Sedekah Qurban : RM50.00

Sumbangan dan pembayaran disalurkan kepada:
CIMB Islamic Yayasan Maghfirah
8603221427

atau melalui pautan

Pembelian Bahagian Ibadah Korban:
https://www.billplz.com/IbadahQurbanKotaRaya

Sumbangan Sedekah Korban:
https://www.billplz.com/SedekahQurban

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Pejabat: 03-8740 1193
Whatsapp/telegram: 0193694493
(https://bit.ly/2vdnNTe)

1 comments:

PeRdU cINta berkata...

Banyak hikmah melakukan ibadah korban.

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!