Teka-Teki al-Quran Untuk Anak-Anak
Teka-Teki al-Quran Untuk Anak-Anak
Sambil-sambil bersembang dengan anak-anak, tanyakan kepada mereka soalan-soalan yang menambah minat mereka untuk membuka al-Quran. Antaranya:
1. Surah apakah yang ada di dalam setiap ayatnya menyebut nama Allah?
*Jawapan: Surah al-Mujadalah (setiap ayat di dalam surah ini ada menyebut nama Allah).
2. Apakah Surah yang ditutup dengan nama dua orang Nabi?
*Jawapan: Surah al-A’la. Ayat terakhirnya berbunyi (صُحُفِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى).
3. Surah apakah yang tidak ada di dalamnya huruf Mim?
*Jawapan: Surah al-Kauthar (setiap ayatnya tiada huruf Mim).
4. Apakah Surah yang dinamakan dengan nama wanita?
*Jawapan: Surah Maryam
5. Surah apakah yang tidak ada huruf Ra’ di dalam setiap ayatnya?
*Jawapan: Misteri
6. Surah apakah yang dinamakan dengan rukun Islam?
*Jawapan: Surah al-Haj (Haji)
7. Surah apakah yang dinamakan dengan nama buah?
*Jawapan: Surah al-Tin
8. Surah apakah yang dinamakan dengan salah satu nama peperangan Nabi Muhammad?
*Jawapan: Surah al-Ahzab
9. Satu-satunya nama Sahabat Nabi Muhammad yang disebut dalam al-Quran?
*Jawapan: Zaid (dalam Surah al-Ahzab)
10. Surah apakah yang tidak dimulakan dengan Bismillah?
*Jawapan: Surah al-Tawbah
Semoga Allah membimbing kita
Ulasan
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”