Pages

April 18, 2021

Rasmi – Celcom Dan Digi Bergabung Menjadi Celcom Digi Berhad Tetapi Kekal Sebagai Dua Perkhidmatan Berbeza

Rasmi – Celcom Dan Digi Bergabung Menjadi Celcom Digi Berhad Tetapi Kekal Sebagai Dua Perkhidmatan Berbeza

Hari ini Telenor dan Axiata mengesahkan penggabungan operasi syarikat telekomunikasi mereka di Malaysia iaitu Digi dan Celcom. Syarikat baharu yang diberi nama Celcom Digi Berhad akan dibentuk dengan transaksi akan dilakukan pada suku kedua 2021 selepas menjalani proses ketekunan wajar (due diligence).

Telenor dan Axiata masing-masing akan memegang 33.1% saham dalam Celcom Digi Berhad. Syarikat baharu ini akan dipengerusikan oleh Dato’ Izzaddin Idris sementara Jorgen C. Arentz Rostrup menjadi timbalan pengerusi. Jawatan CEO pula akan dipegang oleh Idhan Nawawi sementara jawatan naib-CEO pula dipegang oleh Albern Murty.

Walaupun telah bergabung, kedua-dua syarikat akan mengekalkan operasi seperti sedia ada sebagai dua jenama berbeza. Pengurangan jumlah kakitangan juga tidak akan dilakukan tetapi menurut laporan LowYat.net, Celcom Digi Berhad tidak menolak skim VSS akan ditawarkan kepada kakitangan kedua-dua syarikat.

Dengan terbentuknya Celcom Digi Berhad, ia akan menjadi penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbesar Malaysia.

5 comments:

unknown berkata...

sarang burung walet
jus durian belanda
sarang burung walit

admin berkata...

Thanks for sharing!

10 manfaat habbatus sauda yang anda perlu tahu

admin berkata...

Top 7 agencies cleaning service you should consider.

admin berkata...

Looking for the best Travel insurance in malaysia? Check it out!
Tripcare 360 takaful
Takaful Travel Insurance

admin berkata...

Permohonan ke luar negara online kpm - ini peluang anda untuk belajar di oversea.

Doktor Veterinar malaysia peluang kerjaya lumayan sebagai Doktor haiwan

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!