Pages

April 16, 2024

ELAK MAKAN 7 JENIS IKAN INI KALAU HENDAK JAGA KESIHATAN

ELAK MAKAN 7 JENIS IKAN INI KALAU HENDAK JAGA KESIHATAN


1. Ikan Gindara

7 jenis ikan


Ikan laut dalam ini boleh ditemui di kedalaman antara 280-900 meter dan dikatakan mempunyai banyak manfaat kesihatan. Namun, ramai yang tidak sedar bahawa ikan gindara mengandungi lemak beracun yang dikenali sebagai gemylotoxin yang boleh membahayakan kesihatan manusia.

Pengambilan berlebihan gindara boleh menyebabkan masalah seperti cirit-birit yang teruk. Oleh itu, kerajaan Jepun telah mengharamkan pengambilan ikan gindara sejak tahun 1977 kerana kesan negatifnya terhadap kesihatan. Jika anda masih ingin memakan ikan gindara, disarankan untuk tidak melebihi 170 gram sehari.

2. Ikan Todak



Ikan todak adalah sejenis ikan laut yang boleh mencapai berat sehingga 700kg. Paruhnya yang tajam menyerupai pedang. Ikan ini sering ditangkap menggunakan kaedah long line untuk dijual sebagai makanan.

Walau bagaimanapun, perlu di ingatkan bahawa ikan todak mengandungi merkuri yang boleh membahayakan kesihatan. Semakin tua ikan todak, kandungan merkuri dalam dagingnya juga semakin tinggi.

3. Ikan Talapia



Ikan talapia adalah sejenis ikan air tawar yang amat popular. Rasanya yang enak dan harga yang berpatutan menjadikannya pilihan ramai. Walaubagaimanapun, kandungan lemak dalam ikan tilapia hampir sama tingginya dengan lemak dalam daging babi.

Pengambilan berlebihan talapia boleh menyebabkan peningkatan kolesterol dalam badan dan tidak digalakkan untuk orang yang mempunyai penyakit jantung, asma, dan radang sendi.

4. Ikan Mahi-Mahi

Ikan mahi-mahi merupakan salah satu jenis ikan laut yang sangat digemari kerana rasanya yang enak. Walau bagaimanapun, ikan ini mengandungi histamin yang boleh menyebabkan keracunan makanan jika tidak diproses dengan betul selepas ditangkap.

5. Ikan Tuna

Ikan tuna adalah salah satu jenis ikan yang paling popular di dunia. Walaupun mengandungi Omega 3 yang baik untuk kesihatan jantung, ikan tuna juga mengandungi merkuri terutama jenis white albacore tuna.

6. Ikan Makarel

Ikan makarel adalah salah satu ikan yang paling umum diambil oleh manusia. Namun, ikan ini juga mengandungi kadar merkuri yang tinggi.

7. Belut Air Tawar

Ikan belut boleh menyerap kotoran atau toksin dari sumber industri atau pertanian. Oleh itu, disarankan untuk mengurangkan pengambilannya.

Jika anda masih ingin memakan belut, batas pengambilan adalah 300 gram sehari untuk orang dewasa dan 200 gram sehari untuk kanak-kanak.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Umpan

MyResepi

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!