Pages

April 25, 2024

Perincian Akaun 3 KWSP terbaru

Perincian Akaun 3 KWSP terbaru -

1) Pencarum yang mempunyai baki kurang RM1,000 dalam Akaun 2 boleh pindahkan baki keseluruhan ke Akaun 3

2) Baki Akaun 2 dari RM1,000 ke RM2,999 boleh pindahkan maksima RM1,000 ke Akaun 3

3) Baki Akaun 2 lebih dari RM3,000 boleh pindahkan 1/3  baki ke Akaun 3. Contohnya baki Akaun 2 RM9,000 boleh pindahkan RM3,000 ke Akaun 3

Tapi nak buat pemindahan dari Akaun 2 ke Akaun 3 kena maklumkan kepada KWSP terlebih dahulu. Proses pemindahan Akaun 2 ke Akaun 3 bermula 11hb Mei sehingga 31 Ogos. Kalau tak mintak pemindahan maka Akaun 3 anda akan bermula dari RM0 pada 11 Mei.

Caruman baru selepas 11 Mei adalah seperti berikut -

75% masuk Akaun 1
15% masuk Akaun 2
10% masuk Akaun 3

Berita kurang mengembirakan bila anda pindah baki 1/3 dari Akaun 2 ke Akaun 3 bermula 11hb Mei sehingga 31hb Ogos. Anda kena tunggu masuk 1hb September baru boleh keluarkan duit dari Akaun 3 😕

Sumber : Erdy Azezy Bin Sohardi

1 comments:

mamapp berkata...

elok ke pindahkan duit ke akaun 3 tu.. sayang rasanya kan. duit utk pencen kita. ada pro and cons juga la

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!