Marilah kita memperkatakan kisah kasih, sayang menyayang dan menghargai ikatan tali persahabatan serta nilai keakraban yang terjalin rapi dalam bersahabat itu adalah sangat cantik dan terlalu indah.Sebuah ikatan yang benar-benar kukuh dan tidak rapuh dan patah walau dihentam ribut.Tidak mudah lekang dik panas berbahang dan tidak lapuk dik hujan.Seandainya kasih kepada sahabat, sayangilah dengan sepenuh hati, jiwa suci murni serta menerima seadanya sahabat kita itu dalam keadaan apa sekalipun agar ikatan itu sentiasa erat dan berpanjangan.
Sekiranya mengasihi sahabat hanya separuh hati itu masih menandakan tali persahabatan itu tidak utuh dan belum lagi sejati.Jika tidak jujur dalam persahabatan dan tidak ikhlas maka ikatan persahabatan ini terlalu longgar dan mudah goyah, bila-bila masa sahaja boleh lebur, musnah dan berkecai.Persahabatan serapuh ini amat mudah kasih sayang berganti benci.Alangkah indahnya jika kita mengasihi sahabat umpama laut dalam tanpa bertepi dan bak gunung tiada berkemuncak tinggi.Laksana awan di langit biru tiada pernah henti berarak datang dan pergi.
Tokwan Matarun
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”