Balut

Balut

Akhir sekali, SK ingin ketengahkan satu perkataan yang menarik. Balut. Hari ini, kita tahu 'balut' merupakan satu perbuatan membungkus. Tahukah anda? Perkataan balut suatu ketika dahulu membawa maksud yang sangat berbeza, iaitu bengkak, sembab kerana menangis. Perkataan ini boleh dilihat penggunaannya dalam Syair Madhi di halaman 15.

Sungguhpun ia berkusut-kusut,

Cantiknya manis lemah lembut,

Bekas menangis matanya balut,

Kulitnya halus seperti umbut.

Dan jika kau masih di sini, membaca hingga ke penghujung…
mungkin ini bukan sekadar tulisan…
mungkin ini adalah rasa yang akhirnya kau temui dalam diam.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat.
#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan