Januari 12, 2024

Kisah Tsauban Yang Menginspirasi : Tiga kalimah yang diucapkan sebelum meninggal dunia..

Terdapat seorang sahabat Nabi bernama Tsauban. Tsauban ini rajin solat berjemaah. 

Sahabat nabi ini sangat soleh, rajin beribadah dan tidak pernah meninggalkan ibadah di masjid.

Posisinya di dalam masjid selalu di hujung kanan tetapi niatnya bukan ingin menunjuk-nunjuk, niatnya adalah bagaimana beliau boleh khusyuk ketika beribadah dan tidak mengganggu orang kerana biasanya posisi di hujung pada umumnya tidak banyak singgungan dengan orang lain.

Sampai suatu ketika, beliau tidak datang ketika solat subuh, ditunggu oleh nabi. Nabi bertanya ke mana Tsauban?

Tidak ada yang tahu sampai diketahui Nabi dia tidak datang. Orang lain tidak kenal, tapi Nabi kenal orang ini. 

Ketika mengatakan kami tidak tahu ya Rasulullah, apa yang terjadi? 

Ditunggu oleh Nabi, kerana Nabi tidak mahu dia tertinggal di dalam solat berjemaah. Ditunggu sampai lewat waktunya mulai berlanjutan, setelah itu disuruh orang untuk melakukan solat kerana khuatir habis waktu Subuhnya. 

Solat pun ditunaikan. Setelah selesai menyelesaikan solat, Nabi memutuskan untuk menziarahi Tsauban.

Perhatikan, orang yang selalu berjemaah di masjid tetapi jika dia tiada, Nabi menziarahinya di rumah. Itulah fungsi jemaah.

Ketika mana menziarahi Tsauban, ternyata jarak masjid dengan rumah Tsauban adalah 3 jam.

Isteri Tsauban perasan akan kedatangan Nabi dan dia mengatakan suaminya telah meninggal.

Nabi bersabda: "Apakah ada kejadian yang berlaku sebelum dia meninggal?" 

Isterinya berkata: "Saya tidak berasa ada yang istimewa tetapi saya tidak memahami tiga kalimah yang diucapkan."

"3 kalimah tersebut ialah, kenapa tidak lebih jauh lagi? Kenapa bukan yang baru ? Kenapa tidak semuanya saja ?"

Rasullullah tersenyum lantas menyampaikan, maksud ‘kenapa tidak jauh lebih lagi’ .

Kita mesti fahami bahawa sebelum seseorang meninggal dunia iaitu semasa sakaratul mautnya, akan ditampakkan segala amalnya. (yakni ditampakkan pahala kebaikan-kebaikannya.) 

"Kenapa tidak lebih jauh lagi masjidnya sehingga ketika saya jalan itu, mendapatkan lebih dari itu, bukankah langkah pertama ke masjid mengangkat darjat di sisi Allah, langkah keduanya menggugurkan dosa yang dibawa."

"Masjidnya 25 kali lebih bagus dari tempat biasa, satu ke duanya 500 tahun, dua ke tiganya 500 tahun, tiga ke empatnya 500 tahun, kata sahabat Tsauban, kenapa tidak lebih jauh lagi?"

Yang kedua ternyata ketika beliau berjalan pada musim sejuk, beliau menggunakan pakaian tebal yang paling dalam pakaian barunya, yang paling luar pakaian lamanya. 

Semasa berjalan, beliau bertemu dengan seorang yang kedinginan, maka dia melepaskan pakaian luarnya yang lama dipakaikan kepada orang tadi supaya tidak kesejukan. 

Ketika ditampakkan pahalanya, beliau berkata: “Ya Allah, kenapa bukan yang baru, yang dulu saya pernah berikan?”

Yang terakhir mengatakan, “Kenapa bukan semuanya?” kerana beliau telah terbiasa bersedekah kepada orang lain, memberikan kebaikan-kebaikan, kadangkala berkongsi dengan orang lain. 

Ketika ditampakkan pahalanya, dia berkata: "Ya Allah, kenapa tidak semua sahaja dulu saya kerjakan?" Ada penyesalan di jiwanya.

Bayangkan, seorang sahabat mulia masih menyesal dengan amalnya. Bagaimana dengan orang-orang yang belum sempurna kebaikannya seperti kita?  

Jangan sampai apabila meninggal dunia lalu dikatakan, “Beri kesempatan Ya Allah, saya ingin berbuat baik,” lalu diulang perkataan itu. 

Zaman dahulu tidak ada kenderaan, bahkan basikal pun tidak ada. (kenderaan yang bukan berasaskan haiwan). 

Jarak dari rumah ke masjid 3 jam, di masjid tidak ada permaidani, tanah sahaja, tiangnya  pelepah kurma yang atapnya dari daun kurma tetapi Tsauban masih mahu ke masjid dengan berjalan kaki.

Sahabat ini mulia, luar biasa, dekat dengan Allah, jaraknya dengan syurga begitu dekat, jarak rumah dengan masjid begitu jauh tetapi masih mahu pergi ke masjid dalam masa yang panjang. 

Muhasabahlah dengan diri kita, kita bukanlah sahabat nabi, punya pengangkutan dan kemudahan sekarang, jarak masjid dengan rumah dekat sahaja, itupun malas mahu ke masjid.

Di manakah tahap kita? Fikir-fikirkan.

Rujukan:

Dakwah Hikmah, Tsauban, Sahabat Nabi Yang Menyesali Amalan Hidupnya Saat Bertemu Dengan Allah – Ustaz Adi Hidayat

ILuvIslam

1 ulasan:

  1. flower delivery dubai marina is a delightful way to surprise your loved ones with fresh blooms. The beauty of Dubai Marina combined with the charm of flowers creates memorable moments that will be cherished forever. Sending a bouquet to Dubai Marina is like sending a piece of nature's beauty to someone special

    BalasPadam

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut