Pages

Mac 09, 2024

Resepi puding mangga kastard

Resepi puding mangga kastard

1 tin susu cair
3 tin air masak ( sukat guna tin susu)
3 sudu besar tepung kastard
(ketiga-tiga bahan ni kacau dulu tanpa letak atas api sehingga tepung kastard sebati dengan bancuhan susu)

Letak atas api dan kacau sehingga likat. Letak gula dan susu pekat secukup rasa dan sedikit garam untuk naikkan lemak kuah ini.

Apabila sudah likat, tutup api dan biarkan sejuk. Sesekali kacau
Bila sudah sejuk boleh letak dalam bekas dan letakkan buah-buahan pilihan

Tips:
1. Kalau kuah masih cair, bancuh 1 sudu tepung kastard dlm setgh cwh air masak sampai sebati. Masukkan sedikit demi sedikit ke dlm kuah hingga dapat kepekatan yang diingini.

2. Kepekatan yang biasa saya buat lebih kurang pekat mcm santan kara. kalau terbuat pekat,blh tambah air atau susu atau biarkan saja. bila nak makan gaul dgn ketulan ais, lagiiiiii sedap. seejukkkk kt tekak

Notakaki: 
Bagi yang bertanya:
Harga boleh jual Rm6 - rm7
Bekas sy guna cod C19

ğŸŽ¥EmpunyaResepi | fb



0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!