Pages

Februari 07, 2018

Badang Malaysia



Badang MalaysiaFilem “Badang” yang diarah oleh pengarah filem unggul negara, Datuk Profesor Dr. A. Razak Mohaideenterbitan FiTA Studious Sdn Bhd dan UiTM Holdings, ditayangkan di pawagam mulai 15 Februari 2018.Filem itu menampilkan barisan pelakon hebat Datuk Aliff Syukri (pengasas D’Herbs), Fasha Sandha, Fauzi Nawi dan Fareez Fauzi.

Sinopsis

Bad kehilangan ibunya, Mak Siah, yang terbunuh dalam satu kekecohan selepas gagal menyediakan wang perlindungan kepada Geng Taiko. Sebelum kematian ibunya, Mak Siah sempat bercerita mengenai kisah silam Bad bahawa beliau adalah seorang anak istimewa, hadiah kepada Mak Siah dan Pak Tam yang tidak mempunyai zuriat, dan bakal menjadi menjadi seorang yang berkuasa satu hari nanti. Mak Siah juga berpesan, menjelang usia Bad mencecah 25 tahun, Bad bakal memperoleh sedikit demi sedikit kuasa luar biasa yang menjadikan beliau berbeza daripada manusia biasa.
Pada usia Bad menyambut hari lahirnya yang ke 25 tahun, beliau menyedari kuasa-kuasa luar biasa mula berkembang di dalam dirinya apabila beliau memegang pohon buluh, Bad mempunyai kuasa ghaib, kelajuan dan kekuatan luar biasa. Sarip, teman baik Bad, melatih dan membantu Bad dalam mencapai kuasa luar biasa yang maksimum dalam dirinya. Bad mula menggunakan nama ‘Badang’ sebagai ego alter beliau. Dengan bantuan Sarip, ‘Badang’ mula muncul sebagai adiwira membantu golongan yang memerlukan termasuk mencari Geng Taiko yang menyebabkan kematian Mak Siah.
‘Badang’ mulai jatuh cinta dengan Tisha, adik tiri kepada Abang Taiko yang juga ketua kepada Geng Taiko. Akhirnya timbul dilema dalam diri ‘Badang’, sama ada beliau memilih cinta atau menuntut bela di atas kematian ibunya.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!