Pages

Februari 20, 2018

Sinopsis Drama Melankolia (TV3)

Sinopsis Drama Melankolia (TV3)Mengisahkan Suhana, seorang gadis naif bekerja sebagai ejen hartanah yang begitu optimistik tentang kehidupan. Walau tertekan dengan ibu yang seringkali mendesaknya untuk berkahwin dengan lelaki berstatus dan kaya, namun Suhana masih hidup dalam dunia angannya. Tuan Hamid pula ialah seorang lelaki pendiam. Dia merupakan seorang yang mempunyai latar belakang yang dirahsiakan dan mempunyai seorang ‘bodyguard’ bernama Zain. Tuan Hamid ialah seorang ‘perfectionist’ dan mengharapkan kejayaan dalam setiap aspek. Tuan Hamid jatuh hati kepada Suhana, namun Suhana pula menyukai Zain. Apabila Suhana begitu pasti dia akan berkahwin dengan Zain, Zain pula sedar Tuan Hamid begitu menginginkan Suhana. Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta tiga segi ini?


JUDUL :  MELANKOLIA
EPISOD : 19 episod
TARIKH TAYANGAN : 13 Februari 2017
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SIARAN : Slot Samarinda TV3
SKRIP : Nana Khalil, Azmy Mohd Ariff, Amin Shakib
PENGARAH : Shuhaimi Zulkefli
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Nonny Nadirah, Aliff Aziz, Dato Sri Eizlan Yusof, Amir Nafis, Neera Azizi, Liza Abdullah, Datin Fadilah Mansor, Zaibo, Hefny Sahad, Shasha Raman, Fazlina Haji Ahmad Daud, Doria Rachel, Shahz Jaszle, Daaim Jailani

WATAK PELAKON 
Nonny Nadirah sebagai Suhana
Aliff Aziz sebagai Zain
Dato Sri Eizlan Yusof sebagai Tuan Hamid
Amir Nafis sebagai Arif
Neera Azizi sebagai Nadia
Liza Abdullah sebagai Puan Anita
Datin Fadilah Mansor seagai Mak Jah
Zaibo sebagai Pak Abu
Shasha Raman sebagai Eira
Fazlina Haji Ahmad Daud
Doria Rachel sebagai Syakira
Daaim Jailani sebagai Rayyan

LAGU TEMA / OST 
Lagu : Amarah Cinta (Lirik)
Penyanyi : Aliff Aziz

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!