4 perkara yang tak dapat dikembalikan dalam kehidupan.

4 perkara yang tak dapat dikembalikan dalam kehidupan.
.
Yang pertama, masa. 
.
Kedua, peluang. 
.
Ketiga, kata-kata yang dilepaskan.
.
Dan yang keempat, kepercayaan.
.
.
.
Sebab itu kita selalu ditekankan supaya jangan buang masa kerana kita tak dapat berundur semula.
.
Sebab itu kita harus merebut atau mengambil peluang yang diberikan kerana belum tentu peluang yang sama akan tersedia.
.
Sebab itu kita perlu menjaga tutur kata agar ia tidak menyakitkan sesiapa kerana kata-kata juga mampu melukakan hati seseorang. Hati yang luka, sukar untuk dipulihkan. 
.
Dan sebab itu juga kita perlu menjaga kepercayaan orang pada kita kerana apabila kita belot atau khianat, susah untuk kita bina semula. 
.
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
.

Dan jika kau masih di sini, membaca hingga ke penghujung…
mungkin ini bukan sekadar tulisan…
mungkin ini adalah rasa yang akhirnya kau temui dalam diam.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat.
#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan