Pages

Julai 21, 2022

Sinopsis Drama "Cinta Hilang Kata, Budak Bawah Blok..."

Sinopsis Drama Cinta Hilang Kata
Mengisahkan kehidupan Nurul Masmin (Sophie Albarakbah) merupakan seorang penulis novel yang berjaya dari bangku universiti lagi, ini mengundan iri hati dari rakan seperjuangannya Sabirah (Nellisa Nizam) dan kembarnya Zaili (Hariz Hamdan). 

Namun kehidupannya bakal diduga sebaik ibunya meminta Nurul berkahwin dengan Amirul (Iqram Dinzly) yang juga anak kepada orang gaji mereka Jah Gayah (Liza Abdullah).

Nurul Masmin terpaksa meninggalkan kekasih hatinya Rain Akhtar (Shah Jaszle) demi ibunya.

Sedikit demi sedikit harta Nurul Masmin dikikis Amirul, tak cukup dengan itu, pesaingnya - Sabirah - sanggup menggunakan ilmu hitam untuk memusnahkan perkahwinan dan kerjaya Nurul.

Drama 'Cinta Hilang Kata' (40 episod)akan ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 18 Julai 2022 secara eksklusif di slot Tiara melalui saluran Astro Prima (105). Drama ini juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Sinopsis Drama Budak Bawah Blok
Mengisahkan 5 orang anak remaja yang mempunyai pelbagai latarbelakang dan kemelut hidup.

Drama bersiri 'Budak Bawah Blok' (13 episode) akan menemui penonton di slot Lestary TV3.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!