Julai 01, 2022

Filem Mat Kilau dan 35mm





Filem Mat Kilau (Syamsul Yusof) dan 35mm ( Syahmi Sazli Production ) adalah penanda aras hari ini untuk pembikin filem belajar untuk fikir bagaimana untuk buat kutipan , keduanya berjaya membuat kutipan yang memberansangka walaupun keduanya secara asas belum capai kos tetapi sudah menghampiri 

Mat kilau secara kasar harus memungut 24juta sebab kos 8juta , pengiraan kasar kali tiga , sebab dia main pawagam , manakala 35mm harus memungut 2 juta lebih sebab main di Astro first , pengiraan kasar x dua 

Kenapa mat kilau dan 35mm bole kolej byk dalam masa seminggu? Ada banyak faktor yang harus di lihat , duanya dalam 2 dunia berbeza , Syamsul Yusof pengarah berpengalaman , Syahmi Syazli pengarah muda 

Mat kilau konten dia berat dan dibawa baik oleh Syamsul Yusof , dia mampu pikul keberatan isi kandungan dengan cara tersendiri , pemilihan pelakon , pemilihan team produksi sangat memain peranan  

35mm diarah oleh pengarah muda tetapi dia dah lama create fan based , erti kata lain dia create projek kecil dulu baru pegi projek besar dan fan terus support walaupun dia guna pelakon utama yg tak berada dalam arus perdana industri , Syahmi Sazli Production guna resipi yang berbeza dari template normal orang orang industri 

Apabila keduanya sudah cukup matang dalam memahami produk masing2 , maka senjata seterusnya adalah promosi , team promosi yang di pilih memainkan peranan penting dalam menggembar gemburkan produk mereka 

Walaupun keduanya jurang pengalaman dan game yg sgt jauh tetapi keduanya tahu bermain dgn kos untuk meletakkan produk mereka dalam liga tersendiri 

Ibarat sorang niaga cafe dan sorang niaga tepi jalan , tetapi dari pengiraan kos dan keuntungan keduanya mencapai pulangan yang sama , on bisnes dedua bijak 

Aku x terlibat dalam Mat Kilau tapi aku study movie ini dari sudut bisnes , everything on point , Syahmi Sazli bersama 35mm , produk ni Supertele , tapi untuk promosi barisan hadapan dia mengeluarkan kos untuk poster mengikut price movie , kesimpulan dia pandai main bajet , part mana nak jimat part mana nak lebih 

Kesimpulan secara kasar , pemilihan pelakon penting , jalan cerita penting , fan based penting , pemilihan team produksi penting , pemilihan team promosi penting , komitmen pelakon juga penting 

Ada byk contoh movie yg pelakon popular tapi x laku , pelakon ada visi n misi tapi tak laku , pengarah power tapi x laku ... Cerita power tapi x laku ... Why? Buat movie melibatkan semua team dalam produksi 

Apapun all best tuk semua 🤟 chaiyokkk 

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!