Bikin Filem Lakonan Sherry Alhadad, Azhan Rani, Sharifah Sakinah, Scha Alyahya, Erra Fazira, Zain Ruffedge ...


Filem komedi 'Bikin Filem' bakal ditayangkan di Astro First saluran 480 mulai 5 November 2020.

Membariskan bintang terkenal tanah air seperti Sherry Alhadad, Azhan Rani, Sharifah Sakinah, Scha Alyahya, Erra Fazira, Zain Ruffedge dan ramai lagi.

SINOPSIS BIKIN FILEM

Mengisahkan tentang seorang bekas bintang filem terkenal dengan gosip-gosip liar, Khaty (Sherry Alhadad) yang ingin menerbitkan sebuah filem bertajuk ‘Dendam Berbalas’ kerana baru bercerai. Khaty ingin pengarah Rahim G (Azhan Rani) untuk mengarah filem tersebut. Namun, pelbagai cabaran dan insiden  lucu mencuit hati berlaku sepanjang perjalanan pihak produksi menjayakan filem tersebut. Malah setiap kru, barisan pelakon dan pengarah mempunyai macam-macam kerenah dan ragam tersendiri yang menghiburkan.



Moga setiap langkah disertai tenang, dan setiap ujian membawa pulang hikmah. Semua tulisan berasal dari blog penulis. Kredit dan sumber akan dinyatakan apabila digunakan sebagai tanda hormat kepada asalnya. - Copyright - 2016 © #JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan