Pages

November 10, 2020

Lebih 90,000 Dibantu Dapat Kerja, Bantuan RM 600 Untuk Graduan Baru

Lebih 90,000 Dibantu Dapat Kerja, Bantuan RM 600 Untuk Graduan Baru

Seramai 95,161 individu di seluruh negara dibantu mendapat pekerjaan, sejak kerajaan melaksanakan Portal Perkhidmatan Pekerjaan Nasional (MyFutureJobs). 

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim berkata, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sudah melaksanakan program Karnival PenjanaKerjaya, bagi memudahkan graduan dan pencari kerja.

“Sebanyak 229 program karnival pekerjaan dilaksanakan membabitkan penyertaan 541 majikan dan berjaya menempatkan 4,060 graduan dan pencari kerja lain, sehingga 30 Oktober lalu.

“Sesi libat urus bersama industri bagi membincangkan isu juga dianjurkan, sekali gus mengambil langkah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing,” katanya ketika sesi soalan lisan Dewan Rakyat, hari ini.

Insentif Kewangan RM 600

Dalam pada itu, insentif kewangan sebanyak RM600 disediakan bagi pengambilan perantis dalam kalangan graduan baharu atau lepasan sekolah, manakala RM1,000 untuk pengambilan perantis orang kurang upaya (OKU) dalam kalangan graduan baharu.

_XTRA

1 comments:

Cik Ila Menari berkata...

Semoga dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Adik Cik Ila antara graduan yang bergraduasi tahun ini.

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!