SINDROM PIRIFORMIS

 SINDROM PIRIFORMIS

SINDROM PIRIFORMIS

ANDA MENANGGUNG KESAKITAN DI BAHAGIAN PUNGGUNG ❓❓ ADAKAH ANDA SERING MELETAKKAN DOMPET DI BAHAGIAN POKET BELAKANG SELUAR ANDA ❓❓ ANDA MUNGKIN MENGALAMI MASALAH ‘PIRIFORMIS SINDROM’ ❗

Piriformis adalah antara salah satu otot di bahagian punggung. Ia adalah otot yang paling dalam ‘deep muscle’. Piriformis menghubungkan tulang sakrum dengan tulang pangkal peha. Terdapat satu saraf yang terdapat di antara otot ini iaitu saraf sciatic yang mengawal otot belakang kaki.

Jika otot ini mengeras atau ‘spasm’, ia boleh menekan saraf sciatic dan menyebabkan berlakunya symptom-simptom sciatica seperti sakit yang berpunca daripada punggung dan menjalar ke kaki.

Anda juga mungkin mengalami rasa kebas atau lemah di sebelah kaki disebabkan saraf sciatic yang terhimpit. Simptom ini kebiasaannya akan terjadi secara tiba-tiba dan berterusan sehingga berhari-hari dan boleh mencecah berminggu-minggu.

APA PUNCA UTAMA YANG BOLEH MENYEBABKAN MASALAH INI ❓❓

Mungkin anda tidak akan terfikir bahawa duit yang terlalu tebal di dalam dompet boleh menjadi punca kepada sakit anda. 

Tetapi ketahuilah sebenarnya dompet yang tebal boleh menyebabkan berlakunya masalah piriformis sindrom jika anda meletakkan dompet anda di tempat yang salah.

Masalah ini biasanya berlaku kepada lelaki-lelaki yang sering meletakkan dompet tebal di dalam poket belakang seluar mereka.

Ini akan meletakkan tekanan yang berterusan pada otot piriformis dan boleh merengsakan saraf sciatic dalam jangka masa panjang. Anda boleh mengelakkan masalah ini dengan meletakkan dompet anda di dalam poket hadapan seluar atau di dalam poket baju.

Elakkan meletakkan dompet anda di dalam poket belakang tambah lagi untuk dompet yang tebal. Sesungguhnya mencegah lebih baik daripada mengubati.

Amalkan senaman regangan otot piriformis untuk mengurangkan kesakitan yang anda alami. Lihat gambar yang kami kongsikan untuk rujukan anda.

Image result for piriformis stretch

YouTube : https://youtu.be/RnAqH0_InbA

Anda mengalami simptom sakit di bahagian punggung dan menjalar hingga ke kaki?? Dapatkan rawatan segera dengan PhysioMobileMY. Rawatan terbaik menanti anda ❗❗

Sumber : physiomobile


1 Comments

COMMENT IS YOUR OWN RESPONSIBILITY. THANK YOU.

Post a comment
Previous Post Next Post