Pages

November 03, 2020

Kalimah Cinta lakonan Puteri Khareeza dan Idris Khan


Telefilem Kalimah Cinta lakonan Puteri Khareeza dan Idris Khan disiarkan pada Sabtu, 7 November 2020, pukul 10:00 malam di TV1.

SINOPSIS KALIMAH CINTA 

Sepasang suami isteri yang hidup dengan penuh kasih sayang. Kesibukan isteri bekerja menyebabkan suami mula curang dengan perempuan lain sehingga disahkan mengidap HIV. Isteri kecewa dengan situasi tersebut apatahlagi bila pada waktu sama majikannya berterus-terang sukakannya.

Aulia terlalu mencintai suaminya, Muslim. Apatahlagi dengan sikap Muslim yang melayannya dengan sungguh romantik dan selalu bermadah tentang cinta. Muslim sering membuat kejutan-kejutan cinta buat isterinya. Sementara itu, Rahmat yang merupakan majikan Aulia selalu memberi banyak kerja sehingga beliau terpaksa pulang lewat.  

Tiba-tiba satu hari mereka dikejutkan dengan kejadian Muslim yang terlibat dengan kemalangan jalan raya dan dimasukkan ke ICU dalam keadaan koma. Aulia meminta cuti sebulan tetapi Rahmat tidak membenarkannya. Perasaan Aulia mula bercampur baur dengan rasa marah dan mengharapkan pertimbangan majikannya. 

Rahmat mula berbaik dengan Aulia kerana beliau sebenarnya telah jatuh hati dengan Aulia. Ketika Aulia melawat Muslim di hospital, beliau dikejutkan dengan kehadiran seorang perempuan yang dilihat sedang melayan Muslim dengan mesra. 

Aulia kecewa dan hatinya remuk dengan insiden tersebut. Hidup Aulia semakin gelap apabila Muslim disahkan mengidap penyakit HIV.

2 comments:

mamapp berkata...

Berkat gak cite ni

mamapp berkata...

Menarik

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!