Elak Kekeliruan Rakyat, Anda Tak Perlu Scan MySejahtera Masa Isi Minyak
Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular laporan berita memaklumkan orang ramai boleh dikenakan denda kompaun RM1,000 jika tidak mendaftar di aplikasi MySejahtera ketika mengisi minyak.
Bagaimanapun, perkara itu menjadi perdebatan ramai netizen apabila ada yang mengatakan mengenai bahaya menggunakan telefon pintar berhampiran pam minyak.
Terbaru, memetik laporan Free Malaysia Today, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menjelaskan tiada keperluan mengimbas MySejahtera ketika mengisi minyak.
“Perjumpaan singkat seperti mengisi petrol di stesen minyak atau membuat pembayaran tidak perlu mengimbas MySejahtera,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid dipetik beberapa media sebagai berkata, individu perlu mengimbas aplikasi itu, walaupun mereka tidak memasuki kedai runcit di stesen minyak.
Beliau berkata demikian selepas memberi maklumbalas mengenai rakaman klip tular suara seorang lelaki yang mendakwa bapanya dikompaun RM1,000 kerana gagal scan MySejahtera ketika mengisi minyak, walaupun memakai pelitup muka.
SUMBER: Free Malaysia Today | Gulapop
1 comments:
Sis pulak sepanjang nak isi minyak mesti scan MySejatera tu.. tak pernah lagi bayar di kiosk luar tu, mesti masuk then scan. Keliru gak semalam baca berita ni..
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!