Pages

November 02, 2020

Vokal Mania: Aina & Tomok Tebus Kekalahan Minggu Lalu, Ini Senarai Penuh Ranking Episod 2

Vokal Mania: Aina & Tomok Tebus Kekalahan Minggu Lalu, Ini Senarai Penuh Ranking Episod 2

Konsert kedua Vokal Mania telah berlangsung dengan meriah pada malam tadi (31 Oktober 2020).

Ia menyaksikan persembahan mantap dari empat idol iaitu Aina Abdul, Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo bersama empat orang rookie, Nuha Bahrin, Fiera, Razak A’ai dan Daniesh Suffian.

Menyaksikan dua persembahan iaitu solo dan battle, idol dan rookie masing-masing tampil dengan kehebatan tersendiri.

IDOL 4 – ROOKIE 0

Program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Azira Shafinaz itu dimulakan dengan persembahan daripada rookie, Fiera.

Fiera berjaya membuat persembahan yang baik namun tuah tidak menyebelahi dirinya dalam pusingan battle bersama Aina Abdul.

Manakala, bagi persembahan kedua oleh idol, iaitu Lan Solo berjaya mencuri hati juri  sekaligus memenangi pusingan battle bersama rookie, Razak A’ai.

Persembahan seterusnya menyaksikan rookie, Nuha Bahrin sedikit tidak bersedia di atas pentas sekaligus gagal dalam pusingan battle bersama Tomok.

Persembahan terakhir adalah persembahan daripada idol, Indah Ruhaila yang penuh penghayatan dan melayakkan beliau untuk memenangi pusingan battle bersama rookie, Daniesh Suffian.

Biarpun kelihatan kurang bersedia, konsert pertama menyaksikan Nuha Bahrin berjaya memenangi Rookie Star Award.

Peratusan undian Rookie Star Award adalah berdasarkan 70 peratus daripada undian awam, dan 30 peratus daripada penilaian juri tetap.

Berikut merupakan kedudukan idol dan rookie berdasarkan format pemarkahan oleh juri profesional, Misha Omar bersama Yusry Abdul Halim dan undian online beserta komen:

KEDUDUKAN IDOL

#1 Aina Abdul

Solo: Semalam

Battle vs Fiera: Cinta

Yusry: Aina pandai jaga vokal. Makin lama makin intense.

#2 Tomok

Solo: Sumpah

Battle vs Nuha Bahrin: Di Matamu

Misha: Idol macam bersedia, dia faham minggu lepas dia kalah..

#3 Lan Solo

Solo: Kejoraku Bersatu

Battle vs Razak A’ai: Drama

Yusry: Lan, kau macam sama je. Aku tahu kau boleh buat tapi lagi baik kalau kau cuba keluar sedikit dari comfort zone kau.

#4 Indah Ruhaila

Solo: Ikut Rentakku

Battle vs Daniesh Suffian: Salahkah

Yusry: Saya faham the pressure to outdoing your opponent tapi ada tendency you start over sing, so kena jaga-jaga juga, jangan terlalu over sing. You have to bear in mind kita punya rookie, dia ada 2 minggu untuk bersedia, awak ada berapa lama? People know what you can do, so you don’t have to over sing.

KEDUDUKAN ROOKIE

#1 Nuha Bahrin

Solo: Kau Kekasih Awal Dan Akhir

Battle vs Tomok: Di Matamu

Misha: For Nuha, styling overtake quality vokal. Merencatkan kualiti vokal. Tendency jadi pitchy. A smart singer know her limits. So, bila kita tahu limit kita. Kita tahu sebesar mana lagu untuk di bawa.

Yusry: Too much styling, awak kena respect lagu asal. Saya rasa komposer Fauzi Marzuki pun mesti pelik kenapa awak ubah lagu asal sampai macam tu masa first performance.

#2 Daniesh Suffian

Solo: Bukan Cinta Biasa

Battle vs Indah: Salahkah

Yusry: Suara awak sedap. Soothing. You’ll make a good recording artist. Ada beza recording artist dengan live performance. Live performance mungkin belum bersedia lagi.

#3 Razak A’ai

Solo: Sakit

Battle vs Lan Solo: Drama

Yusry: Persembahan okay. Battle dengan Lan, agak quite close dua-dua.

#4 Fiera

Solo: Destinasi Cinta

Battle vs Aina Abdul : Cinta

Misha:  Persetankan kata-kata bakat diukur berdasarkan saiz badan. Kalau awak rasa boleh jadi penyanyi gred A, teruskan.

Yusry: Boleh nyanyi, note dah smpai. Tapi tak ada benda nak look forward towards the song.

Jadi, jangan lupa undi peserta kegemaran korang di www.xtra.com.my/vokalmania dan saksikan Vokal Mania episod ketiga minggu hadapan, pada Sabtu, pukul 9 malam, di TV3!

Sumber : Xtra

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!