Pengasas bersama Intel meninggal dunia

San Francisco: Pengasas bersama Intel Corp, Gordon Moore, perintis dalam industri semikonduktor yang 'Moore's Law' meramalkan peningkatan kuasa pengkomputeran, meninggal dunia pada usia 94 tahun.

Intel dan yayasan kebajikan keluarga Moore berkata, Moore meninggal dunia di samping ahli keluarganya di Hawaii.

Bersama-sama melancarkan Intel pada 1968, Moore berperanan dalam kejayaan pemproses 'Intel Inside' yang ada dalam lebih 80 peratus komputer di dunia.

Dalam satu artikel ditulis pada 1965, Moore menyatakan, dengan kemajuan teknologi, bilangan transistor pada mikrocip menjadi dua kali ganda setiap tahun sejak litar berintegrasi dicipta sejak beberapa tahun lalu.

Ramalannya bahawa trend itu akan berterusan kemudian dikenali sebagai Moore's Law.

Susulan artikel ditulis Moore, cip menjadi semakin eisien dan kurang mahal, sekali gus memacu perkembangan teknologi dunia, sekali gus 'membuka jalan' kepada pengenalan komputer peribadi, internet dan gergasi Lembah Silikon seperti Apple, Facebook dan Google.

sumber mymetro

Dan jika kau masih di sini, membaca hingga ke penghujung…
mungkin ini bukan sekadar tulisan…
mungkin ini adalah rasa yang akhirnya kau temui dalam diam.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat.
#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan