Influenza A — Demam Mahal Yang Tak Disangka


Influenza A — Demam Mahal Yang Tak Disangka ๐Ÿ’ธ

Influenza A ni DEMAM MAHAL, kawan-kawan ๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธ

Ubat Oseltamivir 75mg atau yang biasa kita panggil ubat influenza harganya boleh mencecah antara RM115 - RM150 untuk satu kursus rawatan selama 5 hari. ๐Ÿ˜ท

Kalau demam biasa, kita cuma perlukan Avadol atau paracetamol — baru sekitar RM8.00 hingga RM10.00. Kadang-kadang, semua boleh selesai dengan bajet RM20.00 saja.

Tapi Influenza ni lain kisahnya. ๐Ÿฅฒ๐Ÿฅฒ๐Ÿฅฒ


“You bancuh sendiri ok?” tanya doktor dengan tenang sambil melihat pada preskripsi.

Cik Kinah mengangguk perlahan, mengesahkan dos 45mg bd untuk berat badan 18kg. Doktor senyum, “Ok, perfect.” ✅️

Jadi hari ni, MOMCIST (Mom Pharmacist) akan bancuh sendiri ubat untuk si kecil, Sulaiman ๐Ÿฅฐ

Ubat influenza ni ada pelbagai jenama — antaranya FLUHALT dan OMIFLU. Ada yang murah, ada yang mahal… tapi bahan aktifnya tetap sama — OSELTAMIVIR 75MG.


Dan itu belum masuk lagi ubat-ubat lain seperti:

  • Paracetamol
  • Ubat Batuk
  • Ubat Selesema
  • Ubat Gastrik
  • Ubat Cirit
  • Ubat Muntah

Kalau ambil semua, memang boleh cecah RM200 - RM300 untuk satu set rawatan. ๐Ÿ’Š๐Ÿ’Š๐Ÿ’Š

“Fuhhh…” tersandar seketika — bukan sebab demam, tapi sebab terkejut dengan jumlahnya. ๐Ÿ˜…


Syafiq pun terkejut bila tengok banyaknya ubat nak kena bagi. Semoga semuanya tolerate well ya, Sulaiman. Asyik muntah-muntah sejak semalam, tapi semoga cepat sembuh, sayang.

Influenza ni sangat mudah berjangkit, ya. ⚠️

Jadi tolonglah, kalau tak perlu keluar, jangan melilau. Jaga diri, jaga anak-anak. ๐ŸŒฟ

Demam ini bukan sekadar tentang suhu badan, tapi juga tentang sabar dan kasih sayang seorang ibu yang sanggup belajar jadi ahli farmasi untuk anaknya sendiri. ๐Ÿ’•


๐ŸŒฟ Doa Ketika Anak Sakit

ุงู„ู„ู‡ู… ุฑุจ ุงู„ู†ุงุณ، ุฃุฐู‡ุจ ุงู„ุจุฃุณ، ุงุดูِ ุฃู†ุช ุงู„ุดุงููŠ، ู„ุง ุดูุงุก ุฅู„ุง ุดูุงุคูƒ، ุดูุงุกً ู„ุง ูŠุบุงุฏุฑ ุณู‚ู…ุง

Maksudnya: Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah kesakitan ini, sembuhkanlah, Engkaulah Maha Penyembuh. Tiada penyembuhan selain penyembuhan daripada-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit.

Ya Allah, sembuhkanlah anak-anak kami. Berikanlah mereka kekuatan, kesabaran dan ketenangan dalam menghadapi sakit ini. Jadikanlah setiap kesakitan itu penghapus dosa dan peningkat darjat di sisi-Mu. ๐Ÿคฒ๐Ÿป


Kredit: Sakinah Ilias

#JMBELOG – Sekadar bicara, sekadar perkongsian.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Semoga anak sudah sembuh. Betul, kalau nak keluar tempat awam pun, kena pakai facemask dah.

    BalasPadam