Influenza A — Demam Mahal Yang Tak Disangka

Influenza A — Demam Mahal Yang Tak Disangka 💸

Influenza A ni DEMAM MAHAL, kawan-kawan 💸💸💸

Ubat Oseltamivir 75mg atau yang biasa kita panggil ubat influenza harganya boleh mencecah antara RM115 - RM150 untuk satu kursus rawatan selama 5 hari. 😷

Kalau demam biasa, kita cuma perlukan Avadol atau paracetamol — baru sekitar RM8.00 hingga RM10.00. Kadang-kadang, semua boleh selesai dengan bajet RM20.00 saja.

Tapi Influenza ni lain kisahnya. 🥲🥲🥲


“You bancuh sendiri ok?” tanya doktor dengan tenang sambil melihat pada preskripsi.

Cik Kinah mengangguk perlahan, mengesahkan dos 45mg bd untuk berat badan 18kg. Doktor senyum, “Ok, perfect.” ✅️

Jadi hari ni, MOMCIST (Mom Pharmacist) akan bancuh sendiri ubat untuk si kecil, Sulaiman 🥰

Ubat influenza ni ada pelbagai jenama — antaranya FLUHALT dan OMIFLU. Ada yang murah, ada yang mahal… tapi bahan aktifnya tetap sama — OSELTAMIVIR 75MG.


Dan itu belum masuk lagi ubat-ubat lain seperti:

  • Paracetamol
  • Ubat Batuk
  • Ubat Selesema
  • Ubat Gastrik
  • Ubat Cirit
  • Ubat Muntah

Kalau ambil semua, memang boleh cecah RM200 - RM300 untuk satu set rawatan. 💊💊💊

“Fuhhh…” tersandar seketika — bukan sebab demam, tapi sebab terkejut dengan jumlahnya. 😅


Syafiq pun terkejut bila tengok banyaknya ubat nak kena bagi. Semoga semuanya tolerate well ya, Sulaiman. Asyik muntah-muntah sejak semalam, tapi semoga cepat sembuh, sayang.

Influenza ni sangat mudah berjangkit, ya. ⚠️

Jadi tolonglah, kalau tak perlu keluar, jangan melilau. Jaga diri, jaga anak-anak. 🌿

Demam ini bukan sekadar tentang suhu badan, tapi juga tentang sabar dan kasih sayang seorang ibu yang sanggup belajar jadi ahli farmasi untuk anaknya sendiri. 💕


🌿 Doa Ketika Anak Sakit

اللهم رب الناس، أذهب البأس، اشفِ أنت الشافي، لا شفاء إلا شفاؤك، شفاءً لا يغادر سقما

Maksudnya: Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah kesakitan ini, sembuhkanlah, Engkaulah Maha Penyembuh. Tiada penyembuhan selain penyembuhan daripada-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit.

Ya Allah, sembuhkanlah anak-anak kami. Berikanlah mereka kekuatan, kesabaran dan ketenangan dalam menghadapi sakit ini. Jadikanlah setiap kesakitan itu penghapus dosa dan peningkat darjat di sisi-Mu. 🤲🏻


Kredit: Sakinah Ilias

#JMBELOG – Sekadar bicara, sekadar perkongsian.



Untukmu yang membaca hingga ke titik ini, semoga Allah memeluk hatimu dengan tenang, seperti kau selalu memeluk luka orang lain. Moga setiap langkah disertai tenang, dan setiap ujian membawa pulang hikmah. Semua tulisan berasal dari blog penulis. Kredit dan sumber akan dinyatakan apabila digunakan sebagai tanda hormat kepada asalnya. - Copyright - 2016 © #JMBELOG

1 ulasan:

  1. Semoga anak sudah sembuh. Betul, kalau nak keluar tempat awam pun, kena pakai facemask dah.

    BalasPadam