Pertanyaan Yang Tiada Jawapan"


Bukan tak peduli.
Kadang aku cuma letih menjadi kuat setiap hari,
letih menjelaskan apa yang aku sendiri tak mengerti.

Bukan nak menjauh.
Ada waktu aku terpaksa memeluk sunyi,
sebab hanya diam yang tak meminta apa-apa daripadaku.

Tapi aku tiada jawapan kenapa.
Bukan semua luka ada nama,
bukan semua perasaan ada bahasa.
Kadang jiwa hanya tahu rasa…
tanpa mampu menerangkan apa-apa.

Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”