50 juta akaun Facebook diceroboh

SAN FRANCISCO: Facebook mengumumkan kira-kira 50 juta akaun diceroboh, selepas penggodam memanfaatkan kelemahan keselamatan aplikasi media sosial itu.
Minggu ini, rangkaian media sosial besar itu mendapati serangan terbabit membolehkan penggodam mencuri
‘token akses’ iaitu kunci digital yang membolehkan mereka mengakses akaun terbabit.
“Jelas penyerang memanfaatkan kelemahan kod Facebook. Kami sudah memperbaiki kelemahan ini dan memaklumkan kepada penguatkuasa,” kata naib presiden pengurusan produk, Guy ROsen.
Ketua eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg berkata, jurutera menemui pencerobohan itu, Selasa lalu dan memperbaikinya, malam kelmarin.
“Kami tidak tahu jika ada mana-mana akaun disalah guna. Ini adalah isu serius,” kata Zuckerberg.
Sebagai langkah berjaga-jaga, Facebook menghentikan pilihan ‘lihat sebagai’ iaitu alat privasi yang membolehkan pengguna melihat sendiri bagaimana profil mereka kelihatan kepada orang lain.

Dan jika kau masih di sini, membaca hingga ke penghujung…
mungkin ini bukan sekadar tulisan…
mungkin ini adalah rasa yang akhirnya kau temui dalam diam.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat.
#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan