Mei 31, 2019

WORD 173 : BACAAN MENJELANG DAN BANGUN TIDUR

WORD 173 : BACAAN MENJELANG DAN BANGUN TIDUR

Menjelang tidur disunnahkan berwudhu (HR. Bukhari 247 dan Muslim 2710), kemudian membaca bacaan berikut sebelum tidur:

Membaca takbir (allahu akbar) 34x, tasbih (subhanallah) 33x dan tahmid (alhamdulillah) 33x. Sebagaimana Rasulullah mengajarkan ini pada putrinya, Fathimah radhiyallahu anha. (HR. Bukhari 3705 dan Muslim 2727)Membaca ayat kursi (HR. Bukhari no. 2311) dan dua ayat terakhir surat Al Baqarah, yakni ayat 285-286 (HR. Bukhari no. 5051 dan Muslim no. 807).Mengumpulkan dua tapak tangan, lalu ditiup dan dibacakan surat Al Ikhlash, Al Falaq dan An Nas. Kemudian mengusap bagian tubuh yang dapat dijangkau. Hal ini dilakukan tiga kali (HR. Bukhari no. 4439 dan Muslim no. 2192).Membaca do’a

بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوْتُ وَأَحْيَا

Dengan namaMu, ya Allah! Aku mati dan hidup.” (HR. Bukhari no. 6312 dan Muslim no. 2711)

Jika terbangun di malam hari?

Jika terbangun dimalam hari hendaknya membaca dzikir dan beristighfar. Rasulullah bersabda, “Barangsiapa bangun dimalam hari kemudian membaca:  la ilaha illallah, wahdahu laa syarikalah. Lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syaiin qadir. Alhamdulillah, wa subhanallah, wa laa ilaha illallah, wallahu akbar, wa laa haula wa laa quwwata illah billah, kemudian dia mengatakan, ya Allah ampuni aku atau berdoa maka dikabulkan. Jika berwudhu dan shalat maka diterima shalatnya” (HR. Bukhari no. 1154)

Ketika bangun tidur disunnahkan membaca:

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرp

Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah mematikan (menidurkan) kami dan kepadaNya (kita akan) dikumpulkan.” (HR. Bukhari no. 6312 dan Muslim no. 2711). Kemudian membaca sepuluh ayat terakhir surat Ali Imran, yaitu ayat 190-200. (HR. Muslim no. 256)

Maraji’: Tuhfatul Akhyar dan Hisnul Muslim

Abu Zakariya Sutrisno. Riyadh, 12/12/1438H.

Artikel: ukhuwahislamiah.com

Sumber : https://ukhuwahislamiah.com/

Mei 30, 2019

Sinopsis Telefilem Yang Terindah (TV1)

Sinopsis Telefilem Yang Terindah (TV1)

Kisah Syed Umar, seorang penyanyi yang telah melalui zaman kemuncaknya telah memutuskan untuk berhijrah. Pertemuan dengan Kiyai Salim telah membuka lembaran baru dalam hidupnya.

Akan disiarkan pada pukul 9.00 malam, 1 Jun 2019 (Sabtu) di TV1.

Lakonan Zahiril Adzim, Nina Iskandar, Zulkifli Ismail, Aziza Kazan, Akmal Ahmad, Solehin Rashid, Mieza Edora, Harya Zaleha, Adik Shazman Isaac, Mustam Mustafa ...

Drama Aku Tak Raya Syawal Ini Di TV3

Drama Aku Tak Raya Syawal Ini Di TV3


Saksikan drama bersiri Aku Tak Raya pada Raya Pertama hingga Raya Ketiga, 10 pagi di TV3

Lakonan Sufian Suhaim, Amyza Adnan, Azhan Rani, Syazuwan Hassan, Fiza Sabjahan, Hawa Rizwana dan ramai lagi

Drama Aku Tak Raya | mengisahkan tentang Mazlan yang terpaksa bertugas pada Hari Raya pertama kerana dia terpaksa menyiapkan tugasan akibat kecuaiannya sendiri. Mazlan terlalu sedih kerana inilah kali pertama Mazlan tidak dapat balik kampung menyambut Aidilfitri bersama keluarga. Pelbagai situasi lucu, cemas dan seram yang dilalui oleh Mazlan ketika dia cuba menyiapkan tugasannya itu.

Mei 29, 2019

Perkahwinan berbangsa asing

Hasrat Nur Afilah untuk sampai ke Makkah sudah dimakbulkan

TIDAK semua berpeluang merasai suasana berpuasa pada bulan Ramadan di Tanah Suci Makkah. Namun gadis kelahiran Jitra, Nur Afilah Amir Rusdi, 24, dan suaminya, Adama Mohamed antara yang bertuah apabila diberi peluang untuk ke sana selepas sebulan mendirikan rumah tangga.

Nur Afilah atau lebih mesra disapa Fila dan suaminya tiba di Makkah kira-kira pukul 4 pagi Ahad lalu. Fila ketika dihubungi mStar berkata dia bersyukur kepada Allah kerana niatnya dan suami untuk menunaikan umrah bersama-sama bukan sahaja dimakbulkan tetapi dipermudahkan.

“Kami plan dah lama tapi beli tiket seminggu sebelum datang ke sini. Alhamdulillah kata-kata itu satu doa. Semuanya dipermudahkan. Apa pun niat tu yang penting. Fila teruja pertama kali menjejakkan kaki ke Makkah. “Bila jejak sendiri kaki ke Masjidil Haram tengok Kaabah dengan mata sendiri, perasaan dia lain dari yang lain.

Perasaan terharu, teruja gembira semua ada,” katanya. Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, walaupun tiba awal pagi, rasa penat dan mengantuk bagaikan tiba-tiba hilang ketika berada di sana. “Kami sampai pukul 4 pagi kemudian terus letak barang dekat hotel dan lepas tu pergi menunaikan umrah.

“Kami tak nak melengahkan masa sebab nak kongsi masa buat tawaf. Ajaibnya tak tidur tapi tenaga banyak, tak mengantuk pun. Bila dah selesai balik hotel kejap je dah rindu Kaabah,” katanya. Fila turut menceritakan pengalaman berharga apabila berpeluang mencium batu Hajar Aswad.

“Bila dah habis tujuh kali tawaf dan diizinkan sentuh Hajar Aswad, semua berebut nak sentuh. Nak dijadikan cerita, Allah mudahkan suami sebab dia tinggi.“Senang je dia dapat pergi sentuh Kaabah. Mudah je dia dapat pergi sentuh Hajar Aswad. Saya dalam berhimpit-himpit ni boleh terbayang telekung tercabut punya ramai jemaah tarik.

Suami Fila sewaktu menunaikan ibadah di Kota Suci itu. “Saya dahlah kurus. Tapi Alhamdulillah saya dapat juga cium Hajar Aswad. Masa tu memang rasa sebak, tak dapat digambarkan perasaan itu bersyukur sangat-sangat,” katanya. Biarpun waktu berpuasa di Makkah lebih panjang berbanding Malaysia ia langsung tidak bermasalah bagi Fila dan suaminya.

“Puasa kat sini lagi lama tapi tak rasa macam berpuasa pun dekat sini. Rasa penat tapi tak rasa letih macam berpuasa di Malaysia.“Mungkin sebab teruja dan saya hanya fokus pada tujuan datang ke sini sahaja,” katanya. Bila jejak sendiri kaki ke Masjidil Haram tengok Kaabah dengan mata sendiri, perasaan dia lain dari yang lain. Perasaan terharu, teruja. gembira semua ada.

NUR AFILAH AMIR RUSDI.

Walaupun sebenarnya tidak berhijab, Fila mengakui dia seronok dan selesa memakai tudung sepanjang berada di sana.“Bila berhijab dekat sini rasa macam seronok pula. Rasa selesa pun ada sebab tak payah bersolek… mudah. Insya-Allah niat untuk berhijab sepenuhnya itu ada… slow-slow.

“Di sini saya dapat lihat dan bertemu dengan pelbagai macam orang. Dari baby sampailah ke orang tua. Berbeza bangsa dan warna kulit tapi semua bertandang ke rumah Allah dengan satu matlamat untuk berdoa,” katanya yang akan kembali ke tanah air pada Jumaat ini.

kisah perkahwinan Fila yang bertemu jodoh dengan suaminya berusia 26 tahun selepas pertemuan secara tidak sengaja di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara pada Disember lalu. Fila bertemu dengan suaminya ketika sedang menangis di sebuah kafe di Pavilion, Kuala Lumpur.

Kedua-duanya selamat disatukan di kediaman pengantin perempuan di Jitra, Kedah pada 26 April lalu. “Saya terjumpa suami dekat Pavilion. Waktu tu saya sedang menangis sebab ada masalah sikit dengan teman serumah. Saya ni jenis kurang berkawan dengan orang.

“Kemudian dia tiba-tiba datang dekati saya ketika saya bersendirian. Dia pujuk Fila. Mula-mula rasa takut sebab saya seorang dan takut orang ambil kesempatan. “Tapi bila tengok dia betul-betul ikhlas, saya terharu. Itulah kan kalau dah jodoh Allah akan hadirkan dia datang secara tiba-tiba,” katanya.

Sumber : mstar

Jodoh itu rahsia, lelaki Sudan menjadi pilihan hati jururawat.

JARAK beribu batu antara Malaysia dan Sudan nun di benua Afrika bukan penghalang buat pasangan ini untuk disatukan sebagai suami isteri.
Lebih manis, mereka sudah empat tahun bertugas di sebuah hospital di Madinah sebelum disatukan pada 20 April lalu.

Menurut Nor Arlinda Md Anizam, 34, dia dan suaminya, Sheikheldein Bushra Hussien, 38, tidak mempunyai apa-apa hubungan sebelum perasaan cinta itu berputik tahun lalu. “Suami beritahu dia suka saya tahun lepas. Kebetulan mak saya datang buat umrah. Saya kata kalau serius, pergilah jumpa emak.

“Bila jumpa, mak saya suka, keluarga pun suka. Saya terima sahaja. Kalau ikutkan tak bercinta pun dengan dia, tapi perasaan itu boleh dipupuk. “Lagipun dia baik, yang penting tahu bab agama. Jadi tak susah nak sayang dia, dia pun sangat ambil berat dan bersungguh-sungguh orangnya,” ujar Arlinda sewaktu dihubungi mStar pada Rabu.

Arlinda yang berasal dari Kelantan merupakan seorang jururawat, manakala suaminya bertugas sebagai doktor di National Guard Hospital, Madinah. Lebih mesra disapa sebagai Dr Sheikh, pertemuan lelaki itu dengan ibu Arlinda juga berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan.

“Saya dah beritahu mak awal-awal, jangan terkejut kalau tengok dia. Saya ingatkan mak saya tak terima dia. “Lain pula jadinya, mak dan makcik saya suka sangat kat dia. Katanya sebab suami ni nampak ikhlas dan baik. “Jadi mereka nasihatkan supaya saya terima sebab bukan senang nak cari lelaki yang boleh bimbing kita bab agama,” katanya lagi.

Dr Sheikh meluahkan hasrat untuk menyunting Arlinda sebagai isteri pada tahun lalu. Mengulas persepsi masyarakat terhadap perkahwinan dengan lelaki berbangsa asing, Arlinda mengakui wujud komen negatif dan ia turut dijadikan bahan jenaka di media sosial. Malah, segelintir individu turut membuat komen lcah termasuklah mengenai saiz alat lelaki berkenaan.

“Sejak saya kenal dia, keluarga dan kawan semua positif. Saudara, orang kampung semua suka. “Ada juga yang negatif dan jadikan sebagai jenaka. Kebanyakannya yang tak kenal kami. Kawan ada muat naik gambar kami di Instagram. “Banyak juga komen yang tak sedap dibaca, tapi saya abaikan. Tahu masing-masing ‘tak ada kerja’ dan kutip dosa kering sahaja,” katanya lagi.

Arlinda tampil jelita dalam majlis yang berlangsung di Luxury Garden, Kota Bharu, Kelantan pada April lalu. Dalam pada itu, majlis perkahwinan mereka yang berlangsung meriah di Luxury Garden, Kota Bharu, Kelantan turut dihadiri 10 ahli keluarga Dr Sheikh.

Malah, beberapa rakan sekerja dari Madinah turut hadir ke majlis itu. Bercerita mengenai pengalaman pertama menjalani ibadah puasa sebagai suami isteri, pasangan yang menetap di Madinah itu mengakui semuanya baik-baik sahaja. Antara tetamu yang hadir dalam majlis meraikan mempelai itu baru-baru ini

”Alhamdulillah hari pertama kami berpuasa di Sudan. Hari ni baru balik ke Madinah. Pengalaman berbeza, makanan pun agak berbeza. “Kalau nak kira meriah tu, mestilah meriah kat tempat sendiri. Malaysia di hati. Kat sini, tak ada jumpa bazar Ramadan pun. Kebanyakannya masak sendiri. “Tapi disebabkan saya dah biasa jauh dari keluarga dan biasa dengan makanan Arab, jadi tak adalah kekok sangat dengan keluarga baharu,” ujarnya mengakhiri bicara.

Sumber : memorikini

Kredit : ApamPink

Datuk Dahlan Zainuddin meninggal dunia

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks yang berkata 'DariMu kami datang. KepadaMu kami kembali. Ya Allah Ya Tuhan Kami.. Kau amounilah dosa-dosanya. Tempat kan lah dia bersama prang-orang yang beriman.'

Datuk Dahlan Zainuddin meninggal dunia di Hospital Selayang, pada jam 9.48 malam, 28 Mei 2019.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, selepas solat zohor, 29 Mei 2019.

SAAT-SAAT AIDILFITRI

SAAT-SAAT AIDILFITRI - ZIANA ZAIN
SAAT-SAAT INDAH MENJELMA PAGI
SUASANA MESRA BERWARNA WARNI
KITA BERSAMA KEMBALI
MENYAMBUT DETIK SERIBU ERTI

KERDIPAN BINTANG MEMBAWA BERITA
KHABAR GEMBIRA KAN KUNJUNG TIBA
TAWA MESRA YANG DIRINDU
PASTI MENYINARI AIDILFITRI

MASA UNTUK GEMBIRA
RIANGNYA SUASANA
BERMAAFAN SESAMA KITA
KAU BAHAGIA SENTIASA

TIADALAH SENGKETA
KEMESRAAN JALIN BERSAMA
MERIAHKAN HARI RAYA

SAAT-SAAT INDAH MENJELMA LAGI
SUASANA MESRA BERWARNA WARNI
KITA BERSAMA KEMBALI
UNTUK MENYAMBUT AIDILFITRI

Telemovie Ayyad Aisyah yang akan disiarkan 2 Jun ini di TV3

Telemovie Ayyad Aisyah yang akan disiarkan 2 Jun ini di TV3


Telemovie Ayyad Aisyah yang akan disiarkan pada hari Ahad, 2 Jun 2019, 10 malam di TV3 di slot Cereka Ahad

Lakonan Adik Ariff (Buntat), Indah Emeerlda, Zamarul Hisham, Watie Sadali, Syazuwan Hassan, Shasha Raman dan ramai lagi

Telemovie Masihkah Ada Raya Buatku akan disiarkan 1 June ini di TV3

Telemovie Masihkah Ada Raya Buatku akan disiarkan 1 June ini di TV3


Nantikan Telemovie Masihkah Ada Raya Buatku akan disiarkan di slot Cerekarama, Sabtu, 1 Jun 2019, Jam 10 Malam di TV3.
Lakonan Nad Zainal, Datuk Fizz Fairuz, Qaseh Shuhada, Harith Haziq dan ramai lagi ...

Mei 27, 2019

SINOPSIS CIK REEN & ENCIK NGOK NGEK RAYA

SINOPSIS CIK REEN & ENCIK NGOK NGEK RAYA

Cik Reen dan Encik Ngok Ngek kembali dalam pengembaraan baru menjelang Raya, Harris mengikut petua Tok Cik demi mendapatkan zuriat?

Telefilem Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya akan disiarkan pada 5 Syawal pukul 10 pagi di saluran Astro Ria.

Lakonan Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Nabila Razali, Scha Elinnea, Dini Azan Schatzmann, Farhan Asri, Ruminah Sidek ...

Pokok letup-letup

Pokok letup-letup atau juga dikenali sebagai pokok ulat bulu merupakan tumbuhan liar yang sering dijumpai di kawasan semak samun atau dibatas-batas sungai.

Pokok ini tumbuh secara menjalar dan dikenali dalam nama saitifik, Passiflora foetida. Pokok ini berasal daripada Amerika selatan dan Barat India, merupakan tumbuhan yang terkenal dikalangan penduduk kampung kerana pucuk daunnya boleh dijadikan ulam dan buahnya boleh dimakan.

Pokok letup-letup ini mempunya begitu banyak khasiat, jom kita ketahui antara khasiat-khasiat pokok menjalar ini.

1. UNTUK RAWATAN MENGHIDAPI SALURAN JANTUNG TERSUMBAT

Caranya ambil 40 helai daunnya, diblander dijadikan jus. Minum tanpa campur apa2. Salah satu petua dan ubat untuk jantung kita

– Amalkan meminum air daun pokok ulat bulu dgn cara blender daun yang muda dan dicampur dengan susu tepung.

– Daunnya boleh dibuat ubat sakit jantung dengan memakannya sebagai ulaman dan biasanya pagi-pagi dalam sehelai dua setelah dibersihkan terlebih dahulu.

2. BOLEH DIJADIKAN UBAT PENYAKIT ASMA.

-Ambil daun dan batangnya, rebus minum airnya.

– Ambilkan daunnya dicampur dengan kapur sirih lalu dihancurkan dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. Basahkan dengan air. Selepas itu gumpalkan pada tapak tangan sehingga keluar air berwarna hijau keputih-putihan serta berbuih. Sapukan ke bahagian dada, perut dan belakang.

3. DAUN TUMBUHAN INI BOLEH MENGUBATI KURAP.

Hancurkan daun dan letak dikurap.

4. MENURUNKAN SUHU BADAN YANG PANAS.

Gunakan buahnya dengan cara makan terus atau buat jus jika deman terutamanya kanak-kanak.

5. TURUNKAN BACAAN DARAH TINGGI.

Amalkan air rebusan daun, buah dan akarnya. Berfungsi cuci darah.

6. MASALAH KENCING KOTOR KETIKA MENGANDUNG.

Amalkan minum air rebusan pokok buah ulat bulu ni. Ambil dari akar sampai pucuknya.

7. MERAWAT KANSER.

Pucuknya yang muda dicampur dengan 4 biji beras dan tunas kunyit digiling dengan tempurung kelapa sampai lumat kemudiannya ditampalkan pada bisul ataupun yang ada kenser payu dara insya Allah cepat sembuh.

8. MERAWAT KEKUNINGAN PADA BAYI BARU LAHIR.

Ada kawan berbangsa cina bagitau pokok ni dijemur sampai kering pastu buat mandian utk bayi yang baru lahir.

9. MERAWAT ORANG YANG PENGSAN

Ambilkan akarnya dan akar samalu dan bakar kemudiannya habuknya campurkan dengan kapur sirih. Dan gaulkan menggunakan minyak kelapa. kemudiannya gosok pada kepala orang yang pengsan akibat gila babi. Cepat dia sadar.

10. MERAWAT JERAWAT.

Daunnya boleh guna untuk ubat jerawat.

11. BAGUS UNTUK NERVE ORANG YANG TERKENA STROKE

Minum dan makan sayur tu. Tanaman ini bagus untuk nerve orang yang stroke. Amalkan sangat membantu.

12. UNTUK CERDAS DAN CERGAS

Saya masukan dalam cawan atau gelas campur air dan limau nipis, gula sikit.

13. MERAWAT PASANG SURUT ATAU HERNIA

14. MENGUBATI KENCING MANIS.

Batang dan akarnya direbus kemudian minum sehari 3x, amalkan selalu.

15. SAKIT SENDI LUTUT ATHRITIS

Gumpalkan daun dengan kapur makan, tampalkan pada lutut

16. KENCING TIDAK LAWAS

Minum air rebusan daun ulat bulu

17. MENURUNKAN PARAS KOLESTROL

Dengan cara memakan daunnya 2 helai sekali makan dan tiga kali sehari

18. MERAWAT DARAH TINGGI DAN KENCING MANIS

Rebus daunnya dan minum air.

19. UNTUK TAMBAH DARAH

Untuk tambah darah bagi mereka yang kurang darah, buang daun dan buah tu. masakkan batangnya sahaja dan air tu diminum. selalu amalkan meminum air rebusan tu, in sha Allah darah akan bertambah.

20. KES PESAKIT TALASEMIA

Minum air rebusan daun, darah dalam badan akan bertambah. Kulit dan muka tidak kelihatan pucat.

21. PENAWAR UNTUK ORANG YANG TERMAKAN RACUN

Sepohon pokok ini termasuk akarnya boleh juga jadi penawar untuk orang yang termakan racun dan orang yang keracunan makanan

AMARAN.

Lepas makan buah tidak boleh minum kopi ye. Pernah terjadi keracunan.

Sumber: Facebook

Mei 26, 2019

John Wick 3 merampas takhta kutipan pecah panggung mengatasi Avengers : Endgame

John Wick 3 merampas takhta kutipan pecah panggung mengatasi Avengers : Endgame

Keanu Reeve sekali lagi membuktikan dirinya boleh mengatasi sesiapa sahaja, termasuk sekumpulan adiwira paling hebat bergelar Avengers.

Setelah tiga minggu mengungguli tempat pertama dalam carta di Amerika Syarikat, filem adiwira Avengers: Endgame akhirnya tumpas di tangan Keanu Reeves apabila tempatnya digantikan dengan filem penuh aksi, John Wick 3: Parabellum dalam carta pecah panggung di Amerika Syarikat.

Lionsgate

Dengan kutipan mingguan terbaru pada minggu pertama pembukaan bermula 19 Mei, John Wick 3: Parabellum berjaya mendahului carta dengan kutipan sebanyak USD57 juta (RM239 juta) di Amerika Syarikat dan Kanada yang jauh meninggalkan Avengers: Endgame dengan kutipan sebanyak USD29.4 juta (RM123 juta)

Kutipan John Wick 3: Parabellum di hari pertama tayangan yang sudah mencecah USD57 juta membuktikan bahawa sekuel kepada filem John Wick 1 (2014) dan John Wick 2 (2017) ini sememangnya dinantikan oleh ramai peminatnya.

Manakala pada tayangan global, filem John Wick 3: Parabellum berjaya mengutip USD36 juta (RM151 juta) menjadikan jumlah kutipan secara keseluruhan pada hari pertama ialah USD93 juta (RM389 juta).

Lionsgate

Filem John Wick 3 : Parabellum menjejaki watak Keanu Reeves si bekas pembunuh upahan tanpa akses kepada hampir semua sumber bawah tanahnya, dalam perjalanan keluar dari New York dan pembunuh upahan selepas tawaran $14 juta dikeluarkan untuk kepalanya. John Wick mempunyai sedikit peluang untuk menarik nafas dalam filem ini, dan seperti biasa, sama ada dia berada di New York atau Maghribi, jejak mayat ditinggalkan di belakangnya.

Tetapi boleh dikatakan kejutan terbesar dalam John Wick 3 adalah penentuan di New York di mana The Continental telah berpaling tadah selepas pemiliknya Winston lakonan Ian McShane, bertindak mempersembahkannya kepada The High Table.

Lionsgate

Untuk kekal dalam organisasi, Winston telah menembak John sehingga dia jatuh dari bumbung The Continental. John bernasib baik kerana telah diselamatkan oleh The Bowery King, yang sedang marah dan mengisytiharkan perang ke atas The High Table. Tidak mengejutkan apabila John Wick telah bersetuju untuk bekerjasama.

Tonton sendiri filem penuh aksi mendebarkan ini untuk mengetahui kesudahannya di pawagam berdekatan anda.

Lionsgate Movies/YouTube

Sumber : Lionsgate Movies/YouTube , Elite Readers

Kredit : Era Baru

Jangan buruk sangka individu tidak bertarawih di masjid

Jangan buruk sangka individu tidak bertarawih di masjid

ANTARA hikmah terbesar diturunkan solat tarawih pada bulan mulia ini adalah untuk memberitahu tentang keistimewaan Ramadan, kata pendakwah Ustaz Fauzi Mustafa.

Beliau berkata, tarawih merupakan satu-satunya solat sunat yang datang setahun sekali pada bulan Ramadan.

"Bukan itu sahaja, ALLAH SWT juga mahu memberikan keampunan kepada seluruh hamba-hamba-Nya yang beriman (dalam bulan Ramadan).

"Sesiapa yang mengerjakan tarawih, maka diampunkan dosa-dosanya bukan sekadar pada malam itu tetapi juga dosa-dosa terdahulu pun akan diampunkan," katanya kepada Sinar Islam.

Ujar beliau, dengan mengerjakan solat tarawih, ia sebenarnya menggalakkan umat Islam supaya bersatu padu pada malam bulan Ramadan.

"Ramai yang akan ke masjid atau surau. Pelbagai orang yang datang sama ada orang kaya, miskin dan ada juga yang sakit turut datang bertarawih. Pada masa itulah kita akan kenal sesama kita. Kita tahu ada orang susah, sakit dan sebagainya.

"Kita juga digalakkan untuk melakukan sedekah kerana disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW bahawa sedekah pada bulan Ramadan merupakan sebaik-baik sedekah," jelasnya.

Dalam pada itu, Ustaz Fauzi berpesan agar umat Islam tidak berburuk sangka dengan orang yang tidak melakukan solat tarawih di masjid kerana ia perbuatan dosa yang disebut di dalam al-Quran.

"Barangkali ada orang solat di rumah atau solat di masjid lain. Ingatlah bahawa solat tarawih tidak wajib secara berjemaah, buat secara sendirian pun boleh, buat dengan keluarga juga boleh dan tak semestinya ditunaikan di masjid. Malah, tunaikanlah di pejabat, kilang atau pasar raya sekalipun," katanya.

DAI FUAD

Sementara itu, seorang lagi tokoh agama, Ustaz Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Dai Fuad mengingatkan agar kita menjaga rukun dan syarat sah solat ketika mengerjakan solat tarawih.

"Pastikan bacaan Surah al-Fatihah betul sebutannya dan lancar. Lagi satu, kena pastikan ada tamakninah," jelasnya yang turut menegur masjid di Bandung, Indonesia yang melakukan solat tarawih 23 rakaat dalam masa tujuh minit.

Hakikatnya, kata Dai Fuad, solat sebegitu pantas bukanlah menarik orang muda tetapi ia seolah-olah mempermainkan agama.

"Saya dapati video tular yang memaparkan imam membaca surah al-Fatihah adalah tidak jelas. Bahaya kalau anak muda pandang begitu dan mereka akan fikir, tiada masalah sekiranya mereka membaca dalam nada begitu ketika solat.

"Boleh buat daya penarik untuk anak muda solat tarawih tetapi jangan sampai ia melanggar syariat yang telah ditetapkan," ujarnya.

Dai Fuad turut mencadangkan cara anak muda untuk bertarawih secara berjemaah di masjid atau surau antaranya dengan mengetengahkan golongan itu ke hadapan jika mereka mampu untuk menjadi imam.

"Selain itu, boleh juga wujudkan liga imam di mana kita mempelbagaikan imam yang boleh membaca seperti mana amalan orang Syria dan Mesir. Walaupun imam itu berbangsa Melayu, ia akan membuatkan golongan belia teruja," katanya.

Artikel asal Jangan buruk sangka individu tidak bertarawih di masjid:

Mei 25, 2019

Pujaan Hati Kanda Raya, 1 Syawal nanti...


Telefilem Pujaan Hati Kanda Raya akan ditayangkan pada 1 Syawal pukul 10 malam di TV3.

Lakonan Remy Ishak, Mira Filzah, Ayden Mikael, Reen Rahim, Syazwan Zulkifly, Aida Khalida, Dian P Ramlee, Sarah Hildebrand ...

SINOPSIS ABANG! ADIK PATAH BALIK TV1

SINOPSIS ABANG! ADIK PATAH BALIK TV1

Kisah seorang pemuda yang terpaksa bertanggungjawab menjaga adiknya sejak ibu dan ayahnya meninggal dunia.

Telefilem Abang, Adik Patah Balik akan disiarkan di TV1 pada 25 Mei 2019, pukul 9 malam.

Lakonan  Pekin Ibrahim, Izuan Fitri, Kodi Rasheed, Kazar Saisi, Akmal Ahmad, Fadilah Mansor, Laila Zakry, Abil Qamaruzaman....

Mei 24, 2019

Huawei bakal lancar Hongmeng

HUAWEI Central, portal khas bagi maklumat mengenai Huawei mengesahkan sistem operasi baharu bagi gergasi telekomunikasi itu, Hongmeng bakal dilancarkan pada musim luruh ini iaitu sekitar September nanti.

Sumber

10 Tanda Yang Menunjukkan Dia Adalah Jodoh Anda

10 Tanda Yang Menunjukkan Dia Adalah Jodoh Anda

Jodoh, rezeki dan kematian adalah perkara misteri. Kadang kita cari yang jauh, boleh jadi jodoh kita adalah jiran kita sendiri.

Sebabnya kita sememangnya tidak tahu siapa bakal jodoh kita. Tetapi, tanda-tanda di bawah ini berkemungkinan boleh membantu anda dalam menentukan sikap ketika jodoh semakin dekat dengan seorang wanita/lelaki.

Berikut adalah 10 tanda yang menunjukkan dia adalah jodoh anda.

Bersahaja

Si dia bersikap bersahaja dan tidak bersandiwara. Cuba perhatikan cara si dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa dan cara makan dan minum. Adakah spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau si dia nampak kurang selesa dengan gayanya, bermakna dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat melihat adakah si dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

Selesa Bersamanya

Walaupun kita selalu bersamanya, tiada perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita selalu tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasakannya. Rasa selesa apabila bersama. Bila berjauhan, terasa ada tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tiada kira siang ataupun malam, jika tiada dia rasanya ada seperti yang hilang.

Menerima Seadanya

Apapun kisah silam kita yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu kisah perpisahan dengan bekas kekasih anda yang sebelum. Dia juga tidak mengungkit-ungkit masa silam anda. Yang penting, siapa anda yang sekarang. Biarpun dia tahu anda pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil kisah. Yang dia tahu, anda adalah miliknya sekarang. Dia juga mahu berkongsi kisah masa silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

Jujur

Dia tidak cerita apa yang anda lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan si dia menarik hati anda. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila seseorang menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi hak milik anda. Bila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi sesuatu hubungan. Bila si dia tidak jujur, sukar baginya untuk mengelak daripada berlaku curang. Bila si dia jujur, semakin hangat hubungan cinta anda. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

Saling Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya suatu rahsia perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Bila anda mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa tenang apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak merahsiakan apa pun kepadanya dan malah kita rasa rahsia kita pasti selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah orang yang memperoleh kedua-duanya.

Bekerjasama

Bagi anda yang mahukan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, anda dan si dia perlu saling bekerjasama melalui liku hidup ini. Anda dan kekasih anda perlulah bekerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh sekalipun. Segala pekerjaan yang dilakukan perlu disertai rasa ikhlas untuk membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Paling penting, anda dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Anda dan si dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita di masa depan.

Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yangmempunyai jodoh, si dia harus memahami diri pasangannya. Ketika anda sakit si dia membawa anda ke klinik. Ketika berduka, si dia menjadi penghibur. Bila anda mengalami kesusahan, si dia menjadi pembantu. Di kala anda sedang bicara, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam situasi apapun. Gembira ataupun berduka, si dia sentiasa ada untuk anda. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam hubungan percintaan. Bila si dia selalu bersama anda melalui hidup ini di kala suka dan duka, senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

Papar Kelemahan

Tiada seorang pun yang sempurna di dunia ini. Bohong jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti ada kelemahan dan keburukan tertentu pada diri kita. Bagi si dia yang bersedia menjadi teman hidup anda, si dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu anda. Sudah tentu bukan hal yang menyenangkan untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, si dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada anda. Misalnya, apabila si dia bangun tidur atau sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada mengunjunginya.Apabila anda dan si dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan anda hidup bersamanya.

Kata Hati

Dengarlah kata hati. Manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria ini juga anda dapat saling memahami perasaan masing-masing. Anda dan si dia juga dapat membaca fikiran satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Bila anda yakin dengan pilihan hidup anda, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk anda? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahkanlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya adalah takdir Allah S.W.T. Manusia hanya berusaha di dunia ini dan senarionya ditulis oleh Yang Maha Kuasa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi sememangnya mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjuk-Nya. Jika si dia pilihan kita, buatlah keputusan terbaik. Jika tidak, tolaklah si dia dengan sebaik mungkin. Semua yang kita lakukan ini adalah untuk mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepada Allah dan teruslah berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhiratlah yang kekal selamanya

Sumber : https://aliffchannel.com/

Mei 23, 2019

Sultan Ahmad Shah mangkat, 22 Mei 2019, 8.50 pagi


Sultan Ahmad Shah mangkat, 22 Mei 2019, 8.50 pagi

SULTAN Pahang kelima, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah mangkat di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, 22 Mei 2019 @ 17 Ramadhan 1440h.
Almarhum baginda menghembuskan nafas terakhir 8.50 pagi pada usia 89 tahun

Sumber : MyMetro

JAGAKAN DIA - SHIHA ZIKIR

JAGAKAN DIA - SHIHA ZIKIR


Diri ini tidak ku rasa sepi lagi
Dengan hati yang telah dia isikan kepada ku
Walau telah berkali ku mencinta
Jangan lah
Namun ku yakin dirinya yang akhir buatku

Pergi meninggalkanku
Yang selalu ada disisi ku
Ku tak rela untuk melepaskan

Tuhan tolonglah aku
Ooooo… huuuuuu.. wwooo
Jagakan dia
Sepanjang waktu
Kau berikanlah kami
Cinta yang terindah
Agar diri kami selalu
Mencintai tuk selamanya
Tuhan tolong lah aku
Tuhan tolong lah aku
Jagakanlah dia



Jangan lah
Pergi meninggalkanku
Ku tak rela untuk melepaskan

Tuhan tolonglah aku
Yang selalu ada disisi ku
Jagakan dia
Sepanjang waktu
Cinta yang terindah
Kau berikanlah kami
Agar diri kami selalu
Tuhan tolong lah aku
Mencintai tuk selamanya
Ooooo… huuuuuu.. wwooo
Tuhan tolong lah aku
Jagakanlah dia


SINOPSIS TIGA LIMA

SINOPSIS TIGA LIMA

Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara mereka berdua. Hasnah terjumpa buku tiga lima Daud yang tercatat hutang piutang Daud yang masih belum dilangsaikan. Hasnah berhempas pulas mencari wang untuk melangsaikan hutang arwah suaminya. Halim yang melihat kesusahan ibunya itu nekad mencari duit demi menyara mereka. Halim berkerja keras selepas sekolah tanpa pengetahuan ibunya.

Telefilem Tiga Lima disiarkan pada 26 Mei 2019, 10.00 malam di TV3.

Lakonan Jay Nazif, Arash Mohamad , Zila Bakarin, Riz Amin, Indah Emeerlda ...

SINOPSIS GENG VAN JENAZAH

SINOPSIS GENG VAN JENAZAH

Setelah Pak Tam meninggal dunia kerana terlebih makan durian, Husin dan Mail dikehendaki menghantar jenazah Pak Tam ke kampung asalnya. Dalam perjalanan, macam-macam hal dan kejadian berlaku.

Telefilem Geng Van Jenazah disiarkan pada 25 Mei 2019, 10.00 malam di TV3.

Lakonan Tomok, Issey Fazlisham, Elisya Sandha, Aepul Roza, Azhan Rani, Wan Sharmila, Reen Rahim, Che Mat Raja Lawak, Shah Sulaiman, Aleza Shadan ...

Drama Calon Menantu Tuan Rumah

Drama Calon Menantu Tuan Rumah (28 episod) disiarkan  bermula 21 Mei 2019, 10 malam di TV Okey (RTM).

Sinopsis Calon Menantu Tuan Rumah

Lakonan Hafidz Roshdi, Zara Zya, Haleeda Mazlin, Dayana Roza, Aprena Manrose, Isyariana, Mia Nasir, Dini Schatzmann, Hefny Sahad, Zaidi Omar, Nik Adam Mika, Faez Nick, Ateeqah Ayu...

Cinta Yang Ku Rasa

Cinta Yang Ku Rasa


SEINGAT Laila Nabila, tidak pernah Mir Shariman menoktahkan hubungan cinta mereka, tetapi anehnya lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Dia cuba merisik punca kemelut yang melanda, namun segalanya kabur. Laila Nabila tahu Mir Shariman masih bernafas di atas muka bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya.

Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati Raid bagai ditusuk panah arjuna. Dia terlena dalam keindahan cinta yang diimpi. Rasa kasih yang mendasari hati tidak disembunyi. Dia bagai mabuk kepayang mengejar cinta si bidadari.

Namun bagi Laila Nabila, dia tidak mampu memberi, walaupun sedikit ruang untuk Raid berteduh di bawah sayap kasihnya. Dia ingin terus setia dalam bercinta. Sekeping hati yang teruntuk buat Mir Shariman, biarlah terus menjadi miliknya hingga takdir memisahkan mereka berdua. 

Mir Shahriman tidak pinta hidupnya jadi begini, tetapi ALLAH memilih dirinya untuk diuji. Dia tidak dapat meneka sama ada Laila Nabila ikhlas atau menerimanya atas dasar simpati. Lalu, dia pasrah membiarkan hubungan mereka bergerak mengikut takdir ILAHI.

"Aku mencetus situasi dan reaksi yang menekan perasanmu agar kau membenci. Hakikatnya Laila...aku mengoyak hati sendiri."


Drama adaptasi novel Cinta Yang Ku Rasa karya Anis Ayuni disiarkan di TV2 setiap Isnin hingga Khamis pukul 8:30 malam bermula 13 Mei 2019.

Lakonan Amar Baharin, Izara Aisyah, Syida Melvin, Zila Bakarin, Aida Khalida, Iman Zulkarnain, Manan Sulaiman, Badrul Muhayat, Mimi Ernida...

SINOPSIS CINTA YANG KU RASA

Mengisahkan tentang Laila Nabila yang menghadapi kesusahan dalam hidupnya setelah kekasihnya menghilangkan diri dan keluarganya ditimpa musibah.

Mei 22, 2019

Ukur baju di badan sendiri

Termenung saya dalam LRT. Kawan saya nak sangat sangat jumpa saya di KL. Urgent sangat katanya. Sampai di KL jumpa saya,belanja saya berbuka. Lepas solat magrib menangis depan saya merayu sangat nak pinjam duit RM8500 nak bayar kereta tertunggak selama 6 bulan.

Saya terkejut beruk. barangkali beruk pun terkejut tengok saya terkejut. RM8500 tu.  Lagi terkejut baru 2 hari ini tengok kes kereta H nak kena tarik sebab tak bayar tunggakan.

Saya kata. Merayu keluar air mata darah sekali  pun aku tak mampu nak beri Rm8500. Rm8500 ini belum tentu kau dapat bayar dan belum tentu boleh selesaikan masalah kau untuk akan datang. Nak taknak kau kena cairkan aset yang kau ada jika nak selamatkan kereta,atau berbincang dengan pihak bank,bukan sorok kereta begitu.

kau boros sangat,iphone tu aku tengok setiap tahun tukar,jam tu,brand tissot belum layak untuk kita bro. Aku dah nasihat banyak kali  jangan beli  Alphard walaupun gaji 5-6k sebulan. Bila aku halang kau beli,kau cakap aku tak beri semangat.

Inilah masalah orang kita,beli kereta ni bukan perlu beri semangat macam nak lumba lari dalam guni. Alphard bukan keperluan kau. Aku dah pesan pakai myvi je dulu. Aku 3 tahun pakai myvi baru beli kereta lain,itu pun sebab ada keperluan dan mampu. Lagi pun kau tinggal di KL,LRT kelana jaya depan mata dah.

Kita ni nak pakai apa apa buat kira kira terlebih dahulu,sesuai  tak dengan pendapatan dan keperluan kita. Ini tidak,tengok orang pakai alphard kita pun nak pakai,orang pakai iphone kita pun nak pakai,sanggup berhutang dengan telco janji dapat pakai iphone. jika bank susah nak lulus kenderaan kita sehingga terpaksa guna penjamin,itu bermakna kita tak layak memiliki kereta.

Sebenarnya beli kerata ini satu beban jika kita tak manfaat kereta itu untuk dapatkan pendapatan lain. Kita akan terbeban dengan kos kos terutama minyak petrol,service,tayar dan kos lain yang kita tak nampak. Lagi sakit jika kereta yang kita beli itu CC tinggi.

Tapi itulah orang kita. Sesetengahnya sanggup ‘ikat perut’ demi nak pakai kereta yang nampak mewah. tujuannya satu,nanti balik kampung nampak gah,nak rasa lebih berbanding adik beradik lain,nak orang respect terutama kawan kawan sekolah dulu. sedangkan benda itu sekejap dan itulah tanda riak yang merosakkan hati kita. Akhirnya terasa bahang bebanan kita itu adalah anak isteri.

Mula jadi panas baran,marah marah anak isteri,mula abaikan nafkah anak isteri. Dan paling sedih isteri juga akhirnya terpaksa gadai segala barang kemas demi nak selamatkan kereta yang tertunggak.

Sebab itulah saya menghasut anak anak muda supaya jangan buat apa apa loan selagi tiada keperluan. Selagi boleh pakai motor,pergi kerja naik bas,naik LRT redah jelah. Janji ada buat simpanan,beli aset terutama rumah. Jika teringin sangat nak pakai kereta mulakan dengan kereta murah. Dari situ kita akan belajar bagaimana nak ‘bela’ kereta.

Betullah peribahasa melayu mengatakan;

Ukur baju di badan sendiri

Dari kisah ini,ambillah pengajaran supaya kita tidak lagi buat sesuatu untuk nampak kaya,tapi hakikatnya hutang keliling pinggang dan bagi nasihat kepada adik adik kita yang baru nak ‘up’ tu. Jangan kerana mahukan pujian dimedia sosial yang hanya beberapa minit kita sanggup merana 9 tahun.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

Sumber

Kubur Memberi Nasihat


Kubur Memberi Nasihat

Saya merupakan tempat yg amat hitam di antara yang hitam, hingga terangilah saya dgn tahajud.
saya merupakan tempat yang amat kecil, hingga luaskan saya dengan ber silaturahim.

saya merupakan tempat yang amat hening hingga ramaikanlah saya dengan memperbanyak baca al – qur’an.

saya merupakan tempatnya binatang – binatang yang menjijikan hingga racunilah dia dengan amal sedekah

saya yang menyepitkanmu sampai sirna bilamana tidak solat, bebaskan sempitan itu dengan solat
saya merupakan tempat buat merendammu dengan cairan yang amat sangat sakit, bebaskan rendaman itu dengan puasa..

saya merupakan tempat munkar dan juga nakir bertanya, hingga persiapkanlah jawapanmu dengan memperbanyak mengucapkan kalimah “lailahailallah”…

masing – masing yang bernyawa hendak merasai mati, dan juga bahawasanya pada hari kiamat sahajalah hendak disempurnakan balasan kalian. 

kala itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan juga dimasukkan ke syurga hingga sebetulnya dia telah berjaya. dan juga (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi seluruh kemewahannya dan juga pangkat kebesarannya) tidak lain cumalah kesenangan untuk orang – orang yang terpedaya. ” (surah ali imran 3: 185).

sumber: sehinggit
Sumber : beritahariini
Kredit : islamdetikini.com 

Sambutlah Ramadhan dengan hati tanpa benci dan iri dengki.

Tak suka kat seseorang, diamlah jangan dikritik, jangan dinilai kerana kesempurnaan dalam diri manusia takkan kita temui.Bila taksub mencari salah orang, khuatir nanti bila di padang mashyar nanti merangkak kita mencari orang yang kita fitnah itu.

Ramadhan adalah olah raga hati, upaya untuk memperbaiki hati,

Dengan lapar dahaga dan ibadah sepanjang hari selama 29 atau 30 hari.

Sambutlah Ramadhan dengan hati tanpa benci dan iri dengki.

[Habib Novel Bin Muhammad Alaydrus]

WORDLESS WEDNESDAY : MAY 22 2019


SELAMAT MENYAMBUT HARI NUZUL AL-QURAN

TAHUN 1440H / 2019M

17 RAMADHAN 1440H

YA ALLAH 
RAHMATILAH KAMI DENGAN KEMULIAAN AL-QURAN
JADIKANLAH IA CAHAYA YANG MENYULUH DI SETIAP LANGKAH KAMI
LANGKAH YANG MERUNTUM KAMI KE SYURGA-MU.
AAMIIN.

Mei 21, 2019

Word 171

Word 171


SOLAT SUNAT TAUBAT

اعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم،
بسم الله الرحمن الرحيم.
SOLAT SUNAT TAUBAT
(صلاة سونت التوبة)
TATACARA SOLAT SUNAT TAUBAT:
1⃣
Niat ketika takbiratulihram.
Lafaz niat sebelum takbiratulihram:
اصلي سنة التوبة ركعتين لله تعالى.
"Aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta'ala."
2⃣
Membaca surah Al-Fatihah.
3⃣
Membaca apa² surah Al Quran.
4⃣
Rukuk.
5⃣
Iktidal.
6⃣
Sujud.
7⃣
Duduk antara dua sujud.
8⃣
Sujud kedua.
9⃣
Bangun untuk rakaat kedua.
1⃣0⃣
Membaca surah Al-Fatihah.
1⃣1⃣
Membaca mana² surah daripada al Quran.
1⃣2⃣
Rukuk.
1⃣3⃣
Iktidal.
1⃣4⃣
Sujud.
1⃣5⃣
Duduk antara dua sujud.
1⃣6⃣
Sujud terakhir, baca:
لأ إله إلا أنت، سبحانك اني كنت من الظالمين.
"Tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau sesunggguhnya aku dalam kalangan orang² yang menzalimi diri sendiri."
1⃣7⃣
Duduk tawaruk.
1⃣8⃣
Membaca tahiyat.
1⃣9⃣
Mengucapkan salam.
2⃣0⃣
Memperbanyakkan istighfar atau meminta ampun daripada Allah SWT.
استغفر الله العظيم، الذي لا اله الا هو الحي القيوم واتوب اليه.
"Aku memohon keampunan daripada Allah Yang Maha Agung, yang tiada tuhan melainkan Dia, Yang Hidup dan Berdiri dengan sendirinya. Dan kepadaNya aku bertaubat."
PENGHULU ISTIGHFAR:
اللهم أنت ربي. لأ إله إلا أنت. خلقتني وانا عبدك وانا على عهدك ووعدك ما استطعت. أعوذ بك من شر ما صنعت وأبوء لك بنعمتك علي وأبو بذنبي فاغفر لي ذنوبي. إنه لا يغفر الذنوب إلا أنت.
"Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tidak ada tuhan selain Engkau. Engkaulah yang menjadikanku, sedang aku adalah hambaMu, dan aku berjanji setia kepadaMu semampunya. Aku berlindung kepadaMu daripada keburukan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Kau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku. Oleh itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau."

DOA SELEPAS SOLAT TAUBAT:
اعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم،
بسم الله الرحمن الرحيم.
الحمد لله رب العالمين. والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين. اللهم إنا نستغفرك من كل ذنب إذ نبناه، استعمدناه، أو جهلناه. ونستغفرك من كل ذنب تبنا إليك منه ثم عدناه فيه. ونستغفرك من الذنوب التي لا يعلمها غير ك ولا يسعها إلا حلمك. ونستغفرك من كل ما دعت إليه نفو سنا من قبل الر خص فاشتبه ذلك علينا وهو عندك حرام. ونستغفرك من كل عمل عملنا لو جهك فخالطناه ما ليس لك فيه. لأ إله إلا أنت ياار حم الر احمين. وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم. والحمد لله رب العالمين.
"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam.
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga dan sahabat²nya.
Ya Allah, kami memohon keampunanMu daripada segala dosa yang telah kami lakukan, dengan sengaja atau tidak, atau kerana kami tidak mengetahuinya.
Kami memohon keampunanMu daripada segala dosa yang telah kami bertaubat kemudian kami ulangi semula.
Dan kami memohon keampunanMu daripada dosa² yang hanya Engkau mengetahuinya dan hanya Engkau yang dapat mengawalnya.
Kami memohon keampunanMu daripada semua dorongan hawa nafsu kami yang menjurus kepada perkara syubhah sedangkan ia haram di sisiMu.
Kami mohon keampunanMu daripada segala amalan yang kami lakukan untukMu tetapi kemudiannya bercampur aduk dengan amalan yang lain.
Tiada tuhan yang disembah selain Engkau, wahai Yang Maha Pengasih.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat² baginda."
Waallahu a'lam,
Tok Ngah
Tamat.


Mei 20, 2019

Bubur kanji

Salam 15 Ramadhan

Sekejap hari berlalu.

Hari-hari saya berbuka puasa dengan bubur kanji

Sedap...

Image result for BUBUR KANJI

Gambar google

Super Volcano di Yellowstone bakal meletup?

Super Volcano di Yellowstone bakal meletup?

Yellowstone merupakan taman negara yang terletak di daerah Wyoming di Amerika Syarikat, merupakan tempat pelancongan yang sentiasa menjadi tarikan orang ramai dan para saintis. Sememangnya sangat indah untuk dilawati kerana kawasannya yang mempunyai geiser dan kawah air panas yang berwarna warni.

Yellowstone mempunyai satu rahsia terpendam yang mungkin ramai tidak tahu iaitu terdapat satu ruangan yang cukup besar dan mengandungi magma atau batuan cair. Tempat ini juga merupakan sebuah gunung berapi yang masih aktif cuma mengambil masa yang agak lama untuk meletus. Ahli sains dan kaji bumi yang membuat kajian berkata, terdapat beberapa gegaran kecil iaitu gempa bumi yang lemah akibat magma yang berada dibawah tanah sedang bergerak. Yellowstone mempunyai takungan magma yang besar dan berukuran hampir 5 batu kedalam bumi dan disalurkan oleh magma dari mantle bumi.

Kawah Yellowstone ini mencapai keluasan 72km yang boleh dilihat dari angkasa, kalau buka google earth anda akan nampak betapa besarnya kawah Yellowstone ini. letusan nya yang terdahulu 2500 kali lebih kuat berbanding letusan gunung berapi St Helen yang terletak di Amerika Syarikat. Gunung berapi ini telah meletus sebanyak 3 kali dalam sejarah nya, 2.1 juta tahun,1.3 juta tahun dan paling terbaru 640,000 ribu tahun dulu.

Letusan yang terdahulu menghamburkan kira kira 1000km kubik padu yang bercampur dengan batu serta debu ke langit. Ini bermakna peluang untuk gunung berapi ini untuk meletus kali ke 4 masih besar dan kemungkinan yang paling hebat. Ini menyebabkan ramai saintis dan ahli kaji bumi risau mengenai perkara ini.


Melalui kajian terbaru dan hasil bacaan saya di internet menunjukkan setiap bulan pasti ada berita terbaru yang akan menyebabkan orang yang sentiasa mengikuti perkembangan Yellowstone akan merasa risau, setiap hari akan direkodkan gempa bumi lemah disekitar Yellowstone tersebut. Para saintis sudah dapat lihat tanda awal kehadiran magma yang menyebabkan pokok disekitar kawasan tersebut mati akibat gas dan suhu tinggi yang mula naik dari bawah tanah.

Kesan buruk akibat letusan Yellowstone ini sangat bahaya, boleh menyebabkan jutaan manusia mati akibat gas dan debu yang sangat beracun, aliran pyroclastic yang mencecah 300kmj dan gas panas setinggi 1000c akan menghancurkan seluruh isi yang terdapat disekitar Yellowstone dan hampir separuh dari negara Amerika akan musnah akibat letusan hebat yang sudah lama menunggu masa untuk meletup dalam abab ke 21 ini.

Beberapa jam selepas letusan berlaku, keadaan disekitar tempat tersebut mula bertukar menjadi gelap segelapnya sehinggakan perlu bantuan lampu, itu pun kalau meletup pada waktu siang. Perubahan iklim yang mendadak akan berlaku dalam tempoh beberapa hari kemudiannya.

Selang beberapi hari, asap dan debu kemudiannya akan dibawa oleh angin dan akan menutup cahaya matahari dibeberapa negara. Akibatnya banyak tanaman dan haiwan ternakan akan musnah akibat kekurangan makanan, wabak dan penyakit akan melanda seluruh dunia pada ketika itu,kejadian ini dinamakan sebagai Volcanic Winter yang disebabkan oleh debu gunung berapi mengandungi sulfur oksida yang mampu menghalang cahaya matahari dari sampai ke permukaan bumi.

Partikel halus dan tajam akibat ledakan gunung berapi ini akan mula masuk didalam lautan,tasik dan sungai yang akan menyebabkan bekalan air bersih tidak dapat disalurkan. Kemungkinan besar pada waktu tersebut akan berlaku kacau bilau yang sangat hebat, mana tidaknya sudahlah makanan dicatu malah air untuk diminum pun hampir kering.Begitu hebat kesan letupan gunung berapi yang berskala mega ini yang akan menyebabkan jutaan manusia mati, ekonomi akan menjadi tidak tentu, harga makanan melambung tinggi secara mendadak, suhu dunia mulai turun. Manusia yang terselamat pada ketika itu mungkin terkapai kapai untuk menyelamatkan diri..


Word 170

Word 170

love the life you live.

live the life you love.

- Bob Marley -

Pengikut