Pages

Oktober 15, 2020

Cukuplah berita itu sampai kepada kita sahaja.

 Penting....

Apabila sampai kepada kita berita mengenai aib orang, keburukan orang, salah orang, gosip mengenai orang.


Cukuplah berita itu sampai kepada kita sahaja.


Walhal dalam perkara politik sekalipun, 

Kita ada adik beradik, ibu bapa, anak-anak, isteri, suami. Bila-bila masa sahaja Allah boleh menguji kita dengan mengaibkan orang di sekeliling kita.


Daripada Ibn Umar R.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:


مَنْ تَتَبَّعَ عَوْرَةَ أَخِيهِ المُسْلِمِ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ، وَمَنْ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ وَلَوْ فِي جَوْفِ رَحْلِهِ


Maksudnya: Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya.


Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi (2032) dalam Sunan-nya.


Rujuk: https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1384-al-kafi-248-peliharalah-aib-saudaramu


Kita semua ada aib, sama ada Allah tidak buka,  belum bukak ataupun Allah bakal buka. Wallahua'lam. Jaga lidah. Jangan biarkan dosa kita menjadi dosa jariah yang sentiasa mengalir.


Wallahua'lam.


"Jika tak mampu berbuat baik, jangan buat jahat, jika tak mampu berkata baik, jangan menyebarkan benda yang tidak baik"


Peringatan buat diri sendiri juga.


------------------

Fatin Yusof

------------------

2 comments:

Atie Zieya berkata...

dia byk masa nak fikir masalah org lain sbb tu rajin membawang

Sii Nurul berkata...

Betul tu.. cukuplah berita buruk itu sampai kpd kita sahaja.. apa yg baik kita kongsi

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!