Pages

Oktober 18, 2020

Kena Hina Gemuk Macam B*bi – Faizdickie Nekad Berubah, Hilang Lebih 25 Kilogram

 

Selebriti popular Instagram, Faizdickie hilang lebih 25 kilogram selepas merehatkan diri selama empat bulan di laman sosial.

Faiz atau nama sebenarnya, Mohd Nasrul Faiz Abu Azal, 32, kini muncul semula di Instagram dan tampil dengan imej baharu.

Pemenang trofi Personaliti Media Sosial Popular di Anugerah Bintang Popular BH 2014 ini mengakui penampilannya yang gempal sebelum ini menjadi penyebab dia mahu mengubah fizikalnya untuk meraih kembali keyakinan diri.  

Tak ada leher!

“Di laman sosial, saya harus tampil ceria dan gembira tapi hakikatnya, dalam hati saya rasa kurang berkeyakinan. Semuanya kerana fizikal saya.

“Saya pernah menerima pelbagai komen kurang enak dan kejam seperti ‘gemuk macam b*bi’, tak ada leher dan banyak lagi. Mula-mula saya tak mahu ambil peduli tetapi lama-lama, ia meninggalkan impak ‘pedih’ dalam hati saya.

“Sebenarnya, sebelum ini saya sendiri dah lama tak pandang cermin. Nekad ingin berubah, saya ambil kesempatan untuk berehat selama empat bulan dan kini muncul semula dengan penampilan baru.

“Saya menggunakan kaedah selamat seperti mengawal pemakanan, bersenam, melakukan banyak aktiviti fizikal dan banyak lagi. Alhamdulillah, ia menunjukkan hasil. Sebelum ini berat badan saya lebih 105 kilogram, kini berat saya 79 kilogram,” katanya.

Nak jaga kesihatan mental…

Tambah Faiz lagi, dia juga melakukan perubahan ini kerana ingin menjaga kesihatan mentalnya.

“Bila berbicara mengenai kesihatan mental, mesti akan terlintas beberapa topik mengenai depresi, kemurungan, gila, bunuh diri dan sebagainya. Bagi saya, kesihatan mental juga merangkumi perkara yang kita tidak nampak.

“Saya sendiri tidaklah mengalami tekanan yang teruk tetapi perkara-perkara kecil yang berlaku membuatkan saya menjauhkan diri, rasa tak percaya dengan diri sendiri, tak selamat serta hilang keyakinan.

“Sedikit sebanyak, ia seakan menganggu kesihatan mental saya. Saya tekad mahu berubah dan bersyukur kerana hasilnya membuatkan saya gembira. Saya kini lebih menyayangi diri sendiri dan berharap untuk terus kekal dengan gaya hidup sihat,” katanya lagi.

Mula terkenal di laman sosial semenjak tujuh tahun lalu, Faizdickie merupakan personaliti yang popular dengan video-video lawak menerusi karakter Sarabanon, Kak Leha dan Nurse Puaka.

XTRA

1 comments:

Atie Zieya berkata...

he is back!

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!