Pages

Oktober 15, 2020

Mungkin jenama lain akan ikut jejak Apple

 Mungkin jenama lain akan ikut jejak Apple


Kuala Lumpur: Umum sudah mengetahui bahawa ketika pelancaran peranti ikonik milik Apple iaitu iPhone 12 tidak menyertakan palam kuasa termasuk fon telinga sebaliknya hanya kabel jenis USB-C kepada Lightning.

  Langkah itu sejajar dengan misi syarikat gergasi berkenaan yang mahu menghasilkan peranti lebih 'mesra hijau' serta komitmen Apple kepada peranti lebih mesra kepada alam sekitar.

  Apple tidak lagi menyertakan palam kuasa dan fon telinga daripada pek iPhone mereka dan langkah itu dibuat untuk mengurangkan kadar pengeluaran karbon.

  Ketiadaan dua aksesori itu sekali gus mengurangkan saiz kotak untuk pek baharu iPhone dan langkah berkenaan dikatakan menjimatkan lebih 2 juta tan metrik pengeluaran karbon secara tahunan.

  Jumlah itu sama dengan mengurangkan sebanyak 450,000 kereta di atas jalan raya setahun dan persoalan besar adalah pengeluar peranti pintar lain mungkin akan mengikut jejak langkah Apple.

  Sebelum ini, wujud khabar angin bahawa Samsung tidak akan menyertakan palam kuasa untuk peranti akan datang mereka kerana ia bukan saja menjimatkan bahan serta pengeluaran karbon, malah mengurangkan kos pengeluaran.

  Apple sememangnya dilihat sebagai 'pembuat dasar baharu' untuk industri peranti pintar memandangkan syarikat itu juga yang mula-mula memperkenalkan telefon bertakuk di bahagian atas sebelum menjadi 'trend' dan diikuti oleh jenama lain.

  Maka, tidak hairan tidak lama lagi kebanyakan pengeluar telefon pintar akan mengikut jejak langkah Apple dalam aspek berkenaan.

  Secara pandang pertama, ia mungkin menyulitkan pengguna kerana memerlukan pembelian berasingan bagi pengguna baharu dan untuk pengguna sedia ada, mereka boleh menggunakan palam kuasa sebelum ini.

  Namun, jika dilihat secara saintifik dan berfakta, langkah berkenaan mempunyai kebaikan jangka panjang termasuk menjimatkan elemen unik bumi. _MyMetro

1 comments:

Atie Zieya berkata...

apple ooo apple!!!

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!