SINOPSIS FILEM BUTAK


SINOPSIS FILEM BUTAK

Mengisahkan seorang budak bernama Butak (Buntat) yang nakal dan jahat di kampungnya. Tanpa kasih sayang Ibu dan Ayah, Butak hanya bertemankan seorang isim penggali kubur yang banyak memberikannya semangat untuk hidup. Jauh di dalam hati Butak ingin berubah dan bertaubat, tetapi tekanan orang kampung menjadikannya lebih nakal dan memberontak

Penduduk kampung sering mengadu akan setiap hal dan kekecohan yang Butak buat di kampungnya itu. Sehinggalah satu peristiwa yang meruntun hatinya, Butak merajuk dan menyalahkan diri sendiri lalu nekad untuk lari dari rumah. Kisah yang Butak sering dengar tentang ibadat Haji membawanya ke Pelabuhan Penang. Terdetik di hati Butak untuk menaiki kapal merasai pengalaman itu sendiri. Sujud di depan Kaabah memohon maaf di atas di atas kesilapannya yang lalu dan berubah menjadi seorang yang lebih baik.

Filem 'Butak' ditayangkan di Astro First saluran 480 mulai 8 Oktober ini dengan harga langganan RM15. 

Lakonan Izuan Fitri Zolkepeli, Bohari Ibrahim, Melly Amalin, Aliudin Zin Shaharom, Fazli Daniel Ali, Fimie Don, Kazar Saisi, Imuda, Khatijah Tan, Laila Nasir, Saidi Sabri, Azman Hassan, Adrenna Rose, Omar Hj Abdullah, Ahmad Nizam Bahari, Sabri Yunus

Kalau kau masih membaca sampai sini
mungkin tulisan ini sedang memeluk hati kau dalam diam.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat.
#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”