Oktober 02, 2020

The Masked Singer Malaysia : Fakta Mengenainya

The Masked Singer Malaysia : Fakta Mengenainya

Menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, ‘The King of Mask Singer’ telah diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat, di mana ianya berjaya mencetuskan satu
fenomena yang cukup gah dan diminati ramai.

The Masked Singer Malaysia : Fakta Mengenainya

Kini, bermula 18 September 2020 The Masked Singer bakal disiarkan buat julung kalinya di Malaysia yang menampilkan 12 peserta misteri beradu tenaga mempersembahkan kehebatan bakat nyanyian masing-masing di hadapan barisan juri.Disebut-sebut ramai bakal menjadi program realiti paling popular termasuk diperakui oleh barisan jurinya, kami tampilkan beberapa fakta menarik mengenainya.


19 Juri Tetap

Untuk musim pertama ini, seramai sembilan orang figura yang hadir dari latar belakang berpengaruh dalam industri telah diberi penghormatan untuk menduduki kerusi Juri Tetap dan mereka adalah Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah Raja Lawak. Manakala, menggalas tugas hos adalah pengacara tersohor, versatil dan disegani ramai, Datuk AC Mizal.

2Setiap Peserta Akan Pakai Kostum

Masih mengekalkan format asal program realiti ‘The King of Mask Singer’, kesemua peserta The Masked Singer Malaysia akan memakai kostum dari kepala hingga ke kaki bagi menyembunyikan identiti masing-masing.

Hanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan dipertaruhkan untuk menentukan kedudukan peserta dari minggu ke minggu sehinggalah dinobatkan sebagai juara musim pertama.

3Hanya 8 Orang Yang Tahu Penyanyi Sebenar

Identiti sebenar barisan peserta telah dirahsiakan dan tidak diketahui oleh semua yang terlibat dalam program ini termasuk hos, barisan panel malah dari ratusan krew produksi dan staff. Difahamkan hanya 8 orang sahaja yang diberi amanah untuk menyimpan rahsia identiti sebenar para peserta.

412 Kostum Menarik

Terdapat 12 kostum menarik dan unik yang akan dipakai oleh barisan peserta, iaitu Musang King, Nasi Lemak, Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, ABC, Enggang, Ayam Jantan, Reno, Rimau, Rafflesia dan Bunga Raya.

Kesemua kostum direka oleh Akma Suriati Awan yang juga bertanggungjawab untuk rekaan kostum bagi pelbagai produksi teater mega seperti ‘Hikayat Merong Mahawangsa’, ‘Siti Di Alam Fantasi’, ‘Mahsuri’, ‘Puteri Gunung Ledang’, dan ‘Chow Kit Road’.

5Telefon Bimbit Disimpan

Bagi mengekalkan elemen ‘rahsia’ program, kesemua telefon pintar penonton akan disimpan rapi oleh pihak produksi dan hanya akan diberikan semula sehabisnya program. Malah, penonton juga perlu menandatangani Perjanjian Kerahsiaan (NDA) sebelum masuk ke sesi rakaman.

6Identiti Didedahkan Sekiranya Tersingkir

Barisan panelis juga akan memberikan markah bagi setiap persembahan, dan peserta yang menerima markah terendah akan disingkirkan pada minggu tersebut.

Selepas pengumuman penyingkiran dibuat di akhir rancangan, detik yang paling ditunggu- tunggu dan mendebarkan adalah saat peserta tersingkir menanggalkan topeng dan mendedahkan identiti misteri mereka buat pertama kali di hadapan hos, barisan juri, dan juga penonton. Peserta yang identitinya tidak didedahkan sehingga berakhirnya episod kelapan merupakan juara program realiti The Masked Singer Malaysia musim pertama.

Sumber : Murai.my

1 ulasan:

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!