Bebola Tepung Rebus

Bebola Tepung Rebus

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum

  • ½ cawan tepung ubi

  • 1 sudu kecil minyak masak

  • 1 sudu besar bawang merah & bawang putih giling

  • 1 batang daun bawang (hiris halus)

  • Garam, serbuk perasa & sedikit lada sulah

  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Satukan tepung gandum dan tepung ubi dalam satu mangkuk besar.

  2. Masukkan minyak, bawang giling, daun bawang, garam dan serbuk perasa.

  3. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil gaul hingga jadi doh lembut dan boleh diuli.

  4. Cubit sedikit doh dan bentukkan bulat-bulat kecil.

  5. Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan bebola tadi.

  6. Rebus hingga bebola timbul ke permukaan (tanda sudah masak).

  7. Toskan dan boleh dimakan begitu saja, atau cicah dengan sambal kicap / sos cili.


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

1 ulasan:

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”