Doa Yang Menyentuh Hati – Apresiasi Buat Nazrah

Doa Yang Menyentuh Hati – Apresiasi Buat Nazrah | #JMBELOG

Doa Yang Menyentuh Hati – Apresiasi Buat Nazrah

Ditulis oleh #JMBELOG • Monolog Jiwa • 22 Mei 2026

Ada sesetengah karya… tidak perlukan suara yang kuat untuk sampai ke hati. Cukup dengan keikhlasan, doa dan rasa yang benar-benar lahir dari jiwa.

“Kami paling suka semua doa-doa yang awak zahirkan dalam video ni. Sangat indah, ikhlas dan benar-benar menyentuh hati.”

Tahniah buat Nazrah atau lebih dikenali sebagai Harszan, kerana berjaya menghasilkan content yang begitu menyentuh jiwa ramai orang.

Bukan sekadar editing yang cantik, tetapi setiap bait doa dan setiap susunan visual terasa sangat hidup — seolah-olah ada hati yang benar-benar bercakap kepada hati.

Dalam dunia yang semakin bising dengan content demi content, masih ada insan yang berkarya dengan penuh rasa dan keikhlasan. Dan itu yang membuatkan karya awak begitu istimewa.

Semoga lebih ramai lagi yang menghargai bakat yang awak ada. Semoga segala impian dan cita-cita awak dipermudahkan oleh Allah SWT. Dan semoga setiap langkah dalam perjalanan berkarya ini sentiasa ditemani doa-doa yang baik.

“Doa kami sentiasa ada untuk awak, Zan. Terus semangat berkarya okay. We love you, Nazrah 🫢πŸ’ͺ”
© 2026 #JMBELOG — “Setiap sunyi punya suara. Setiap jiwa punya cerita.”

Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”