Lirik Lagu Tentang Kawan - Ustaz 3 Beradik
Kerana aku ingin kita berkawan Bukan hanya sekadar di muka halaman Dengarlah pesanan dari seorang kawan Kawan mengingatkan kawan kerana sayang Tak semua kau kenal itu di susah senangmu Ada mendekati sekadar bila perlu Seorang kawan yang amat dipercayai Sering menasihat dan menasihati Dia berpesan jika disakiti jangan berdendam Tapi cubalah membalas dengan kebaikan Ada kawan kita rasa baik hati Tetapi dia yang memegang belati Di hadapan kita dia memuji Di belakang kita dia mengeji Tak semua kau kenal itu hadir di susah senangmu Ada mendekati sekadar bila perlu Seorang kawan yang amat dipercayai Sering menasihat dan menasihati Dia berpesan jikalau disakiti jangan berdendam Tapi cubalah membalas dengan kebaikan Kawanku maksudkan adalah ayahku Yang menjadi kawan sejak remajaku Seorang kawan yang amat dipercayai Sering menasihat dan menasihati Dia berpesan jika disakiti jangan berdendam Tapi cubalah membalas dengan kebaikan Seorang kawan yang amat disenangi Setia kawan dan mudah berkongsi Direndah dia tidak menjadi sampah Disanjung tidak pula dia menjadi gunung Segala pesanannya tersemat di dada Kini dia telah pun tiada Segala pesanannya tersemat di dada Kini dia telah pun tiada
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”