Pages

Oktober 20, 2018

SINOPSIS JIBRIL

SINOPSIS JIBRIL

Mengisahkan seorang peguam, Jibril yang memiliki kepintaran luar biasa, ketampanan dan kelebihan melakukan kesimpulan. Urutan peristiwa membawa kepada beberapa kes kematian dan pembunuhan.

Jibril dipanggil untuk membela seorang daripada suspek dan maka bermulalah pendedahan mengenai pertubuhan rahsia, Zerkala yang melakukan keganasan dan pemburuan terhadap ketuanya yang licik menyembunyikan diri.

Drama siri original VIU berjudul Jibril (10 episod) bakal disiarkan di ntv7 pada 22 Oktober 2018. Menampilkan lakonan Aeril Zafrel, Lisa Surihani, Zahiril Adzim dan Sangeeta Krishnasamy. Ditayangkan bermula 22 Oktober, setiap Isnin hingga Selasa pukul 10 malam.