CHIWAN JUARA BBB2019 (BINTANG BERSAMA BINTANG) MINGGU 5
Mac 31, 2019
Tutorial: Gambar Dalam Entri Blog Jadi Lonjong Bila Buka Guna Mobile, Ini Penyelesaiannya
Pemenang FFM30 (Festival Filem Malaysia 30 / 2019)
Mac 30, 2019
SINOPSIS TELAPAK WAKTU
Hots Search March 30 2019
Hots Search
- SINOPSIS WARKAH DARI FIRENZA
- Kekurangan diri bukan penghalang kejayaan
- Cinta Disertasi
- SINOPSIS ASALKAN DIA BAHAGIA
- Baru Tahu Inilah Fungsi Tersembunyi Pada Benda-benda Yang Kita Gunakan Setiap Hari
- SINOPSIS SIAPA CURI PISAU TOK MUDIM
- Word 134
- Segmen Bloglist SiHIJO| 2019
- (VIDEO) TERSANGKUT PAGAR
- JAWATAN SEKTOR KERAJAAN
Mac 29, 2019
SINOPSIS BATU 120
KAU YANG MERUBAH SEGALANYA
KAU YANG MERUBAH SEGALANYA - Fauziah Latiff
Kau yang merubah segalanya
Kau sebenar yang mencuri hati
Aku yang masih meratapi kehancuran
Cinta lalu yang tak kesampaian
Apakah yang terburu-buru
Cuba melupakan peristiwa lalu
Atau mungkinkah ku terpesona pada
Kejujuran yang engkau berikan
Tercipta suatu ikatan
Yang kita bina
Dari kehancuran masa silam
Oh tuhan kau restukanlah
Cinta indah bagai pelangi
Kekal abadi
Masih jauh sayang
Perjalanan kita
Pasti ada yang beronak duri
Namun tiada yang merubah rasa
Kerna ku tahu kau saja di hati
Mac 28, 2019
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal raih skor 9.6/10 di IMDb
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal raih skor 9.6/10 di IMDb
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal terus mencipta kejayaan apabila mendapat rating 9.6/10 di IMDb.
KUALA LUMPUR - Filem animasi tempatan, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal terus mencipta kejayaan apabila mendapat rating tinggi di tapak web filem, Pangkalan Data Filem Internet (IMDb) iaitu dengan skor 9.6/10.
Rekod itu sekali gus meletakkan filem terbitan, Les’ Copaque Production itu kini sebagai filem tempatan yang meraih rating paling tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia apabila menundukkan filem Paskal yang sebelum ini cemerlang dengan skor 8.8.
Filem terbaharu Upin & Ipin itu menerima pujian apabila ramai pengkritik filem kualiti penceritaan bagus dan dialog yang menghiburkan. Filem arahan Ahmad Razuri Roseli, Adam Amiruddin dan Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim itu turut menerima pujian dari segi aksi yang ditonjolkan serta runut bunyinya.
Filem berkenaan kekal unggul di tangga pertama carta filem Golden Screen Cinemas Sdn. Bhd. (GSC) walaupun sudah seminggu ditayangkan menewaskan filem antarabangsa seperti Captain Marvel dan Dumbo.
Terdahulu, setakat empat hari tayangan, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal telah berjaya mengutip kutipan pecah panggung iaitu sebanyak RM5.3 juta.
Selain ditayangkan di Malaysia, Singapura dan Brunei, filem tersebut bakal memasuki panggung wayang di Indonesia pada 9 Mei dan Vietnam pada bulan yang sama. - K! ONLINE
ALHAMDULILLAH, HUJAN.
ALHAMDULILLAH, HUJAN.
YA ALLAH, TURUNKANLAH PADA KAMI HUJAN YANG BERMANFAAT. AAMIIN.
Mac 27, 2019
Fast cash never comes easy
SEGMEN | 2019 Comeback GiveAway by Cik Roxa
2. Follow IG (WAJIB) : Cik Roxa | Popia Nestum Cik Roxa
3. Like & Follow FB (WAJIB) : Cik Roxa | Raysie Bookstore
Semak Balik Bacaan Kita, Ini Adalah 27 Kesalahan Dalam Membaca Surah Al-Fatihah
Ini Adalah 27 Kesalahan Dalam Membaca Surah Al-Fatihah
- Sebutan huruf ﺏ berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut “Ismillah…”
- Sabdu pada kalimah ﭐﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana ‘Bismillah’ hendaklah disebut dengan ‘lam tarqiq’ (lam nipis)kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah.
- Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilahiRahmaan…”, yang sepatutnya “BismillahiRRahmaan…”.
- Kesalahan dalam membaca surah al-fatihah seterusnya begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilillahirrahmaaniRahiim”, yang sepatutnya “BismillahirrahmaaniRRahiim”
- Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan. Ia WAJIB dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad ‘Aridh Lissukun.
- Huruf ﺡ digantikan dengan huruf ﻩ
- Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut “al-hamdulilah”. Sebutan yang betul adalah “Al-hamdulillah…”
- Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi “Rabil” yang sepatutnya “Rabbil”
- Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
- Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi “Iyaka”. Sebutan yang betul adalah “Iyyaka”.
- Kesalahan dalam membaca surah al-fatihah seterusnya adalah sebutan huruf ﻉ tidak jelas.
- Kesalahan sama seperti nombor 10.
- Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
- Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil ‘isymam’.
- Menyebut “Ehdina…”. Sepatutnya “Ihdina…”.
- Huruf ﺹ tidak disabdukan.
- Huruf ﻁ ditukar menjadi huruf ﺕ
- Huruf ﻕ ditukar menjadi huruf ﻙ. Apabila huruf ﻕ berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.
- Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.
- Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ
- Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
- Huruf ﺭ berbaris bawah disebut “Rel”, sepatutnya disebut “Ril”.
- Huruf ﻍ disebut dengan qalqalah.
- Huruf ﺽ tidak ditebalkan sebutannya.
- Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
- Huruf ﺽ tidak disabdukan.
- Kesalahan dalam membaca surah al-fatihah terakhir adalah apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat.
Video cara bacaan Al-Fatihah yang betul oleh Ustaz Don
SINOPSIS WARKAH DARI FIRENZA
SINOPSIS WARKAH DARI FIRENZA
Sebuah kisah benar dalam masyarakat Bugis yang berlatarkan tahun 1950-an. Ia mengisahkan tentang seorang nelayan yang meninggalkan isteri dan anaknya untuk belayar sebagai kelasi
kapal bagi mengubah nasib dirinya. Bagaimanapun nelayan tersebut tidak pernah pulang lagi ke pangkuan isteri dan anaknya.
Drama Warkah Dari Firenza akan disiarkan bermula 27 Mac 2019, setiap Rabu dan Khamis, 8.30 malam di RTM TV2.
Lakonan Ika Nabila, Zahiril Adzim, Syed Ali, Amai Kamarudin, Engku Faridah, Azhar Amir, Laila Nasir, Navilya Husna, Ikhram Juhari, Ziema Din, Rahhim Omar dan ramai lagi.
Mac 26, 2019
Word 134
Word 134
Everyday is a new chapter. Mulakan hari ini dengan Bismillah, semoga hari ini lebih baik dari semalam. #Karangkraf
Mac 25, 2019
Suka Sama Kamu
Suka Sama Kamu - D'Bagindas
Hatiku berkata ingin katakan cinta
Namun aku malu untuk mengawalinya
Jantungku berdebar saat kau menatapku
Jadi salah tingkah bicara sama kamu
Bibirku terbungkam melihat senyummu
Aku tak kuasa saat di depanmu
Sebenarnya aku ingin Mengungkapkan rasa
Tapi mengapa aku selalu tak bisa
Bagaimana caranya agar dirimu
Bisa tahu kalau aku suka
Suka suka suka sama kamu
Jantungku berdebar saat kau menatapku
Jadi salah tingkah bicara sama kamu
Bibirku terbungkam melihat senyummu
Aku tak kuasa saat didepanmu
Sebenarnya aku ingin mengungkapkan rasa
Tapi mengapa aku selalu tak bisa
Bagaimana caranya agar dirimu
Bisa tahu kalau aku suka
Suka suka suka sama kamu
Sebenarnya aku ingin mengungkapkan rasa
Tapi mengapa aku selalu tak bisa
Bagaimana caranya agar dirimu
Bisa tahu kalau aku suka
Suka suka suka sama kamu
Sebenarnya aku ingin mengungkapkan rasa
Tapi mengapa aku selalu tak bisa
Bagaimana caranya agar dirimu
Bisa tahu kalau aku suka
Suka suka suka sama kamu
Suka sama kamu
Lebih dari selamanya
Word 132
Word 132
Berdiam bukan bermaksud salah,
Berdiam bukan bermaksud kalah,
Berdiam itu lebih baik daripada berbicara,
Bercakap bila perlu,
Bukan sombong dan ...
Mungkin itu lebih baik buat mereka,
Sebab mungkin ramai yang tidak suka ...
Up to you what you think ...
***
#assalamualaikum #selamatpagi #goodmorning #jmbelog
Mac 24, 2019
Batu sungai bina surau
Baru Tahu Inilah Fungsi Tersembunyi Pada Benda-benda Yang Kita Gunakan Setiap Hari
Baru Tahu Inilah Fungsi Tersembunyi Pada Benda-benda Yang Kita Gunakan Setiap Hari
Setiap produk yang berada di pasaran tentunya memiliki fungsi dan kegunaan mereka yang tersendiri. Cuma, ada kalanya, ketidaktahuan pengguna itu sendiri telah menyebabkan mengapa fungsi produk itu tidak digunakan dengan sepenuhnya.
Sekiranya diperhatikan kembali, banyak fungsi tersembunyi yang terdapat pada benda-benda kita gunakan setiap hari.
#1 Lubang kecil di antara kamera dan flash pada iPhone ini sebenarnya adalah mikrofon.
#2 Lapisan berwarna biru pada bahagian dalam penutup botol ini berfungsi untuk memastikan supaya botol itu dapat ditutup dengan lebih kemas.
#3 Bahagian yang beralun pada penyepit rambut ini berfungsi untuk memastikan sepitan rambut menjadi lebih erat.
#4 Lubang pada pemegang periuk berfungsi sebagai tempat meletak senduk.
#5 Bahagian timbul pada butang F dan J di papan kekunci berfungsi sebagai penanda jari semasa menaip.
#6 Tanda anak panah pada meter minyak kenderaan menunjukkan lokasi pintu tangki minyak.
#7 Saku kecil di seluar jeans sebenarnya bertujuan untuk menyimpan jam, manakala butang kecil pada poket seluar bertujuan untuk mengukuhkan poket seluar supaya tidak mudah terkoyak.
#8 Kasut Converse ini sebenarnya diciptakan untuk atlet bola keranjang dan lubang kecil pada bahagian tepi kasut itu bertujuan untuk pengudaraan.
#9 Tempat meletak TicTac Fitur tersembunyi benda
#10 Lubang pada mangga ini bertujuan untuk mengelakkan daripada karat di bahagian dalaman.
#11 Bahagian yang bergigi pada hujung pita pengukur sebenarnya bertujuan untuk menanda permukaan yang mahu diukur itu.
#12 Kain perca ini bertujuan untuk diuji terlebih sebelum membasuh pakaian yang sebetulnya.
#13 Lubang kecil pada pembuka tin ini berfungsi untuk meletak penyedut minuman.
#14 Lubang kecil yang terdapat pada cermin tingkap pesawat ini bukanlah bererti cermin itu mahu retak. Sebaliknya, ianya berfungsi untuk mengawal tekanan udara di dalam kabin pesawat.
Pahala dapat walaupun kita tak keluarkan 1 sen pun. Allah !
Kekurangan diri bukan penghalang kejayaan
“walaupun kami tak macam anak-anak yang lain, tapi kami masih diberikan pendidikan yang lengkap”— KPM (@KemPendidikan) March 13, 2019
Bukan sahaja unik, tetapi kedua-dua kembar ini mampu membuktikan kekurangan diri bukan penghalang kejayaan.
Semoga menjadi inspirasi buat adik-adik semua. pic.twitter.com/beB52utAT2
(VIDEO) TERSANGKUT PAGAR
Life Must Go On
Mac 23, 2019
Cinta Disertasi
Pengorbanan Pesakit Kanser Dalam Telemovie “Cinta Disertasi” Arahan Heykal Hanifah di TV1
Impak kepada telemovie dan drama yang ditayangkan kepada penonton tentunya dengan harapan ia dapat memberi sedikit sebanyak pengajaran dan pembelajaran untuk kita semua sebagai penonton.
Mengangkat plot kisah pengorbanan yang dilakukan oleh seorang wanita pesakit kanser untuk kebahagian suami dan anaknya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan telemovie kekeluargaan menyentuh hati bertajuk “Cinta Disertasi” pada 23 Mac ini, pukul 9.00 malammenerusi TV1.
Mengetengahkan gandingan mantap pelakon Faizah Elai, Faye Kusairi, Amyza Aznan, Zamarul Hisham, Shah Jaszle, Tony Eusoff dan Fauziah Nawi, telemovie arahan Heykal Hanifah kali ini berkaitan tentang seorang wanita pesakit kanser serviks tahap empat berusaha mencari seorang wanita solehah untuk berkahwin dengan suaminya dan menjadi ibu kepada anak-anaknya.
Sinopsis
Ia berkisar dalam rumah tangga seorang pensyarah universiti, Dr.Rosli Ibrahim. Pada suatu hari Dr.Rosli didatangi oleh seorang pelajar sarjana yang bernama Fairuz yang mendaftar sebagai pelajar seliaan beliau.
Fairuz seorang gadis cantik, berbudi bahasa, baik dan pintar. Kebaikan dan kecantikannya menjadi tajuk perbualan dalam kalangan pensyarah universiti itu. Di samping itu, Iwan, seorang pelajar sarjana juga sangat berminat kepada Fairuz, tetapi Fairuz berkawan dengannya sebagai kawan sepengajian sahaja dan tidak lebih daripada itu.
Dalam pada itu, isteri Dr.Rosli yang bernama Fatinah telah disahkan oleh doktor bahawa dia menghidap kanser serviks tahap empat. Fatinah merahsiakan penyakitnya daripada suaminya dan anaknya Maya.
Jika sebelum ini Fatinah sering mengajar anaknya mengaji Al-Quran, tetapi sekarang dia berasa cepat penat dan lemah. Oleh kerana Fairuz seorang lulusan Agama Islam, Dr.Rosli meminta Fairuz megajar Maya mengaji Al-Quran.
Kebaikan dan sikap penyayang yang dipamerkan oleh Fairuz membuatkan Fatinah berusaha agar suaminya berkahwin dengan Fairuz. Dr.Rosli berasa amat pelik apabila isterinya mencadangkan agar dia berkahwin dengan Fairuz.
Pada suatu hari Fatinah pengsan dan penyakit yang dirahsiakannya terbongkar. Dr. Rosli sangat bersedih dan kecewa, tetapi Fatinah telah membuat permintaan terakhir, iaitu sebelum dia meninggal dunia, dia ingin melihat Dr.Rosli menikahi Fairuz.
Demi menghormati permintaan Fatinah dan kasih sayangnya kepada Maya, Fairuz menyatakan persetujuan dan redha untuk berkahwin dengan Dr.Rosli. Persiapan untuk majlis pernikahan Dr.Rosli dan Fairuz mula dilakukan.
Adakah majlis tersebut berjaya dilangsungkan? Bagaimana pula dengan tahap kesihatan Fatinah? Apakah sempat untuknya melihat impiannya menjadikan Fairuz sebagai ibu baharu kepada anak-anaknya tercapai?