Syaitan dan nafsu.

Syaitan dan nafsu.
.
Syaitan adalah makhluk yang sering membisikkan sesuatu yang bersifat maksiat.
.
Meskipun tidak berjaya dengan cara jahat pertama, syaitan masih berusaha dengan cara jahat yang seterusnya. Asalkan maksiat itu berjaya dilakukan manusia.
.
Berbeza dengan nafsu.
.
Jika kita inginkan sesuatu, macam mana sekalipun kita perlu mendapatkannya.
.
Nafsu berkaitan dengan keinginan manusia dan tempat letaknya di dalam diri kita.
.
Sebab itu, jika kita ingin mengenali diri yang sebenar, bulan Ramadan adalah sebaik-baik bulan.
.
Kerana di bulan Ramadan, syaitan akan dirantai. Yang tinggal hanya nafsu bersama kita.
.
Jika kita adalah hamba nafsu, rosaklah diri kerana nafsu sepatutnya dikawal oleh kita.
.
Percayalah bahawa Ramadan mampu meningkatkan Takwa. Dan hanya Takwa dapat menekan hawa nafsu serendah-rendahnya.

Mohd Ridzwan Original
Sedang termenung.

Kredit

Dan jika kau masih di sini, membaca hingga ke penghujung…
mungkin ini bukan sekadar tulisan…
mungkin ini adalah rasa yang akhirnya kau temui dalam diam.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat.
#JMBELOG

2 ulasan:

  1. allahu, sungguh benar bagai dikata setiap bait kata-kata tu :(

    BalasPadam
  2. nafsu tidur sangat sukar untuk dikawal...u

    macam best je tidur waktu sahur hahahaha

    BalasPadam