Di KK, 91% kes tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana2 kluster, acara, atau sejarah perjalanan yang diketahui. Orangramai disaring hanya kerana mereka mempunyai simptom. *Sebilangan pesakit tidak pun mempunyai demam sebagai gejala. Oleh yang demikian, pemeriksaan suhu tidak banyak membantu dalam mengenalpasti org2 yang disyaki positif. Ini bermaksud terdapat ramai yang tidak mempunyai gejala tetapi berpotensi utk menjangkiti masih bergerak bebas dan tidak mungkin kita akan dapat mengesan punca penyebar. Ini bermakna semakin ramai orang yang anda temui, semakin tinggi kemungkinan anda bersentuhan dengan salah seorang penyebar tanpa gejala tersebut.* Anda juga mungkin menjadi penyebar tanpa disedari. INI MERISAUKAN pasukan perubatan di Sabah. INI ADALAH TREND LONJAKAN PRA-MEGA. Kita mungkin sedang menuju ke arah 1000 kes baru setiap hari menjelang akhir Oktober 2020! "
*Apakah Maksud Kes Sporadic?*
Petang ini, Ketua Pengarah Kesihatan, menjelaskan bahawa terdapat *69 Kes Sporadic di negara ini.*
*Kes Sporadic* merupakan kes seseorang itu tidak mempunyai sejarah perjalanan dan tidak ada berhubung dengan kontak rapat COVID-19, tetapi dia telah disahkan positive COVID-19.
*Bagaimanakah dia boleh dijangkiti?*
*Jangan ambil mudah penyakit ini walaupun kita tidak keluar dari rumah.* Virus ini amat berbahaya. Ibu-ibu harus pastikan kebersihan menjadi amalan semua ahli keluarga. Jangan selalu berkumpul dengan jiran atau ahli keluarga dalam kelompok yang ramai. Yang balik dari pasar mesti basuh tangan, dan mandi sebelum berdekatan dengan ahli keluarga. Elakkan risiko kebarangkalian kita dan ahli keluarga kita dijangkiti. Jika ada rasa sayang yang mendalam kepada ahli keluarga, semua ahli harus prihatin dengan virus Convid-19.
*Banyak kemungkinan untuk kita dijangkiti secara tidak disedari.* Contohnya: Kita berada di pasar raya atau market basah, orang yang pembawa virus bersin atau batuk, virus itu pun boleh kena kepada kita walaupun kita pakai penutup muka tetapi datang di rumah kita tak bersihkan diri. Terus memasak dan buat kerja itu ini atau lepak menonton TV. Harus diingat, kita tidak akan terus sakit tetapi kesannya hanya diketahui setelah 14 hari, kita pun tak ingat tempat yang kita kunjungi.
*Jagalah diri, hargailah nyawa.*
*Duduk di rumah memang selamat tetapi kalau kita asyik keluar ke sana ke sini, kita mungkin tidak selamat*. Oleh itu, kurangkan pergerakan. *Ingat, jika seorang kena, mungkin semua ahli keluarga kita akan kena juga*. Kalau tak nak, *sila jaga diri betul-betul semasa tempoh PKP ini*.
Betul tu, kita jaga kita, kita jaga ahli keluarga kita.
BalasPadamSemoga kita semua dilindungi Allah. Aminn
tak ada contact, tapi terkena virus.ini mmg pelik tapi aduhaiii..virus ni bahaya betul kan.. bila la nak ada vaccine
BalasPadam