Filem Pendek Cukup Derita Itu

Filem Pendek Cukup Derita Itu

Cukup Derita Itu ialah sebuah filem pendek yang menvisualkan secara dramatik sinopsis karya terbaru penulisan novelis tersohor tanah air iaitu Siti Rosmizah. Tujuan produksi filem pendek ini dilakukan ialah untuk memberikan kelainan dan impak didalam majlis perasmian pada 26 April 2014 tempoh hari. Secara tidak langsung ia dapat mempromosikan novel terbaru beliau "Cukup Derita Itu" dibawah SR Publication dengan cara yang berlainan. Siti Rosmizah juga telah melebarkan sayapnya membuka sebuah syarikat produksi dibawah nama SR One Sdn Bhd yang akan membawa karya-karya beliau ke dunia baru seperti penerbitan drama, telemovie dan seterusnya ke layar perak.
Filem sinopsis ini diarahkan oleh: Shazrol Suhaime

Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

2 ulasan:

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”