Tiga Golongan Manusia: Mereka Yang Dicintai, Diampuni, dan Diselamatkan
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Umatku akan terbagi menjadi tiga golongan; satu golongan masuk surga tanpa hisab, satu lagi dihisab dengan ringan, dan yang ketiga dilemparkan ke neraka — lalu dirahmati hingga dikeluarkan darinya.”
Musnad Ahmad, no. 21359
Golongan Pertama
Mereka yang berserah tanpa ragu; jiwa mereka tenang, seolah sudah melihat akhirat di pelupuk mata. Mereka beramal bukan kerana takut api neraka, bukan pula kerana mengharap syurga yang indah, tetapi kerana cinta yang dalam kepada Sang Pencipta yang sentiasa melihat mereka.
Golongan Kedua
Mereka yang dihisab dengan lembut; hidup di antara dua jurang — dosa dan taubat. Langkah mereka kadang goyah, kadang gemetar, namun tidak pernah menyerah untuk kembali kepada Rabb-nya. Mereka tersandung oleh hawa nafsu, tapi hati mereka tetap ingin pulang.
Golongan Ketiga
Mereka yang dihentikan oleh dosa; lalai, tenggelam dalam dunia yang mempesona. Namun kasih Allah masih lebih luas dari murka-Nya — mereka dilemparkan ke neraka hanya untuk dibersihkan, bukan untuk dilenyapkan.
“Maka renungkanlah — kita ini berada di golongan yang mana?
Apakah yang berdiri kerana cinta, atau yang tersungkur kerana dosa?”
Al-Mu’jam Al-Kabir, Ath-Thabarani
0 Ulasan