Ifan memuat naik video di Instagram memaklumkan dirinya selamat namun isteri dan tiga lagi rakan Seventeen masih belum ditemui.
VOKALIS kumpulan Seventeen, Ifan memaklumkan dirinya terselamat dalam kejadian tsunami yang melanda ketika mereka sedang mengadakan persembahan di Pantai Tanjung Beach Resort, Banten bersempena hari keluarga sebuah syarikat korporat pada malam Sabtu.
Ifan menerusi Instagram peribadinya bagaimanapun memaklumkan isterinya, Dylan Sahara yang turut berada ditempat kejadian masih belum ditemui selepas dibawa arus selepas kejadian.
Kata Ifan, tiga lagi rakannya, Herman (gitar), Andi (drum) serta seorang krew dikenali sebagai Ujang juga masih belum ditemui.
Pemain bass Seventeen, Bani dan pengurus kumpulan itu, Oki Wijaya (kanan) terkorban.
Bagaimanapun dia mengesahkan pemain bass kumpulan itu, Bani atau Muhammad Awal Purbani dan pengurus mereka Oki Wijaya meninggal dunia akibat kejadian itu.
"Kita kehilangan pemain bass kita Bani sama pengurus Oki. Andi, Herman dan Ujang belum ditemui, minta doanya untuk isteri saya yang turut hilang," katanya sambil menitiskan air mata.
Sementara itu Reuters melaporkan, agensi bencana Indonesia mengesahkan angka kematian bencana tsunami yang melanda kawasan pantai sekitar Selat Sunda di antara kepulauan Sumatera dan Jawa meningkat kepada 43 orang dan mencederakan 584 orang.
“Kami merumuskan laporan tsunami di Selat Sunda, melanda kawasan Serang, Pandeglang dan Lampung Selatan,” kata ketua agensi di Pandeglang, Endan Permana kepada Metro TV pada Ahad.
Orang awam sempat merakamkan persembahan Seventeen sebelum tsunami melanda.
Menurut Permana, gelombang tsunami itu dipercayai mempunyai kaitan dengan letusan awal gunung berapi Anak Krakatau.
Katanya, dalam kejadian yang berlaku malam Sabtu, beratus-ratus rumah rosak dan puluhan dilaporkan hilang.
"Ramai hilang. Agensi masih lagi mengumpul maklumat dan terdapat kemungkinan angka kematian dan kerosakan akan meningkat," katanya.
Menurut kenyataan dari Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), gunung berapi Krakatau meletus kira-kira pukul 9 malam dan tsunami melanda setengah jam kemudian. - TRIBUN SELEB
Sumber
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.