Dalam Kerja, Kita Belajar Bertahan
Dalam kerja, aku belajar satu benda— jangan tunggu masa “sempurna” untuk jaga diri.
Perut lapar tak tunggu meeting habis, badan penat tak tunggu kerja reda.
Jadi aku mula biasakan diri… standby makanan siap-siap.
Bila ada ruang walau sekejap, aku makan. Tak fikir panjang. Tak tunggu cantik.
Tak perlu café, tak perlu suasana tenang, tak perlu alasan untuk jaga diri.
Sebab realitinya— hidup ni bukan tentang keselesaan, tapi tentang bertahan… dalam keadaan apa adanya.
“Dalam kerja, kena standby makan siap-siap.
Ada kesempatan, terus makan.
Tak perlu tunggu café baru nak isi perut.
Pandai-pandailah nak hidup.
No reason. No alasan.”
Dan mungkin… itu cara kita sayang diri sendiri, walaupun dalam diam.
Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.
Ulasan
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”